Selepas Muhyiddin, Hadi pula akan bertemu Tun M

140d82ad aad1 4d8c aced 97e287bd0300

Selepas Muhyiddin, Hadi pula akan bertemu Tun M.

Selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas pula mengesahkan akan bertemu dengan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Abdul Hadi berkata, pertemuan itu akan diatur tidak lama lagi bagi berunding dan membentuk kerjasama demi perpaduan ummah.

Ganjaran RM12,000 sesiapa temui Acap sebelum raya - Abang
Gambar hiasan

Beliau sekali gus mengulangi pendirian yang Pas sedia bekerjasama dengan Pejuang mahu pun mana-mana parti yang tidak ekstrem dan liberal.

“Ya dengan siapa saja kita sedia bekerjasama untuk menyatukan ummah.

“Pertemuan dengan Mahathir, insya-Allah akan diaturkan,” katanya ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila di sini hari ini.

Semalam, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan pengerusi parti itu didatangi Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membentuk kerjasama baharu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mukhriz berkata, pertemuan itu berlangsung kira-kira dua minggu lalu, setelah Bersatu tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Terdahulu, Abdul Hadi mengesahkan sudah dimaklumkan oleh Muhyiddin mengenai pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Baca Lagi:

Najib: Anak Tun M jual saham Sapura, kenapa Rafizi tidak bersuara?

“Muhyiddin jumpa saya, minta saya sokong percubaannya untuk jadi PM sekali lagi” – Tun M

Setelah nama disebut Yasin Sulaiman, ini respons Syed Saddiq

Leave a Reply

Your email address will not be published.