Selama ni ingat ’tile’ kecil ni pasang satu-satu, rupanya ini bentuk sebenar sebelum dipasang

Selama ni ingat ’tile’ kecil ni pasang satu-satu, rupanya ini bentuk sebenar sebelum dipasang

Selama ni ingat ’tile’ kecil ni pasang satu-satu, rupanya ini bentuk sebenar sebelum dipasang. Jika anda perasan, sesetengah bilik air, khususnya rumah-rumah di kampung masih menggunakan jubin berbentuk kecil.

Saiz jubin tersebut sangat kecil jika dibandingkan dengan jubin yang biasa dipasang pada ruang yang lain.

Apabila melihat jubin ini, antara perkara yang terlintas di fikiran adalah masa yang diperlukan untuk memasangnya di seluruh kawasan bilik air.

Selama ni ingat 'tile' kecil ni pasang satu-satu, rupanya ini bentuk sebenar sebelum dipasang

Tanpa pengalaman menjadi tukang rumah, kita mungkin berpendapat jubin kecil ini dipasang satu per satu dan pasti memakan masa yang lama untuk siap.

Tambah pula, tukang pasang nanti juga perlu memastikan kedudukan jubin yang dipasang teratur supaya tidak senget.

Sebenarnya, ‘jubin-jubin kecil’ yang anda lihat di lantai itu bukanlah ‘kecil’ seperti yang ramai sangkakan.

Pasang “tile” kecil dalam bilik air, tak makan kos dan masa ke?

Persoalan ini telah diajukan oleh seorang pengguna Facebook dalam kumpulan Tukang Apa Hari Ini pada tengah hari semalam.

Pengguna tersebut pada awalnya bertanya kelebihan memasang jubin-jubin kecil ini pada lantai.

“Tak ke menambah kos dan masa bertukang. Kenapa banyak diguna dalam bilik air?” soal pengguna tersebut.

Persoalan berkenaan pantas mendapat respon daripada ahli lain dalam kumpulan tersebut dan mereka yang mempunyai pengalaman memasang jubin berkenaan.

Salah seorang ahli kumpulan itu, Hanafi Md Zian turut berkongsi gambar sebenar jubin tersebut yang dijual di pasaran.

“Dia datang dalam bentuk gini. Bukan pasang satu-satu,” jawab pengguna tersebut.

Seorang lagi ahli kumpulan, Muhamad Hisamuddin Mat Rani turut berkongsi maklumat tentang jubin tersebut.

“Masa tak kurang pun. Bukan sebiji-sebiji pasang. Tile kecil datang dengan packing adhesive. 300x300mm pun ada, 600x600mm pun ada.

“Nak pasang pun mudah je. Sekarang pun masih ada yang pakai, biasa di kolam renang. Kelebihan pakai yang ini senang nak buat bentuk,” katanya lagi.

Kelebihan jubin kecil-kecil dan sebab kenapa jubin ini sering dipasang di bilik air

Seorang lagi ahli kumpulan itu, Atho Subang berkongsi bahawa jubin ini sesuai dipasang pada pelbagai jenis bentuk lantai.

“Sebab dia boleh buat pelbagai bentuk lantai. Lantai curam boleh. Lantai curve boleh, lantai melingkar tiga segi, empat segi semua boleh.

“Kalau satu kepingan besar (hanya) sesuai untuk permukaan yang rata,” katanya.

Selain itu, Faisal Jeff berkata bahawa jubin kecil kebanyakkannya berkualiti tinggi.

Jubin ini lebih tahan terhadap peluntur dan agen kimia lain, tahan lama, tidak mudah rapuh dan memiliki daya penyerapan pada air.

Pengguna wanita, Natasha Ibrahim turut berkongsi alasan jubin jenis ini sering menjadi pilihan untuk dipasang pada lantai bilik air.

“Tile kecik-kecik ni bagus untuk lantai bilik air. Tak licin. Built in anti-slip. Cuma nak memberus payahlah.”
Maka, ramai pengguna yang turut membalas komen berkenaan dan mengatakan rasa hairan ketika melihat jubin tersebut pada masa dahulu.

“Dulu masa kecik-kecik terfikir juga, rajinnya orang ni pasang satu-satu. Sekali dah besar sikit baru tahu rupanya macam gini”.

Baca Juga:
Cerita rakyat Sabah yang ramai tak tahu, ‘Kisah Tentang Dua Matahari’
Jemaah terlalu ramai cecah 12k, solat Subuh terpaksa dilaksanakan 2 sesi
Wanita makan berseorangan dalam bilik tapi ada yang menjawab ‘panas? haha’ di tepi telinga
CATEGORIES