Rumah banglo mewah pernah ada kes pembunuhan dijual RM355.8 juta

Rumah banglo mewah pernah ada kes pembunuhan dijual RM355.8 juta

Rumah banglo mewah pernah ada kes pembunuhan dijual RM355.8 juta. Rumah agam di California yang juga lokasi pembunuhan kumpulan kultus Charles Manson tersenarai untuk jualan pada harga $85 juta (RM355.8 juta).

Kediaman mewah terletak di Beverly Hills itu disenaraikan bersama pelbagai kemudahan termasuk kolam renang dan pawagam peribadi, selain pemandangan indah kejiranan terpencil Benedict Canyon.

Kini dikenali dengan nama Cielo Estate milik produser Hollywood Jeff Franklin, rumah agam itu berkeluasan 21,000 kaki persegi serta mempunyai sembilan bilik tidur dan 18 bilik air.

Rumah banglo mewah pernah ada kes pembunuhan dijual RM355.8 juta

Pada 22 Januari lalu, Franklin menganjurkan majlis resepsi selepas pengebumian pelawak, Bob Saget di kediaman itu.

Cielo Estate dibangunkan di atas tapak berkeluasan 1.457 hektar telah diberi nafas baharu oleh arkitek Richard Landry.

Douglas Elliman Real Estate yang menyenaraikan hartanah itu untuk jualan, menggambarkan ia sebagai kediaman ‘lambang kehidupan mewah Beverly Hills yang bertaraf dunia’.

Bagaimanapun, hartanah itu mempunyai sejarah lalu yang hitam dan digelar rumah pembunuhan Manson selepas empat individu dibunuh kejam termasuk pelakon, Sharon Tate yang sedang hamil.

Baca Lagi:
Abang penggal kepala adik bawa pergi balai polis selepas keluarga tak restu kahwin
Pakcik Shell kongsi ilmu cara campurkan RON95 dengan RON97, rupanya berkesan boleh bersihkan enjin kereta
Suami hina isteri macam lembu, lepas cerai suami meroyan, akhirnya ini yang terjadi
CATEGORIES