Respon anak Najib selepas ketahui keputusan pengampunan Najib Razak

Respon anak Najib selepas ketahui keputusan pengampunan Najib Razak

Respon anak Najib selepas ketahui keputusan pengampunan Najib Razak. Berita pengurangan hukuman ke atas Najib Razak telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan rakyat Malaysia, antaranya ialah anak perempuan Najib sendiri, Nooryana Najib.

Melalui Instagram miliknya, beliau meluahkan perasaan kecewanya dengan keputusan Lembaga Pengampunan dengan berkata walaupun dia bersyukur dengan pengurangan hukuman, tetapi dia tetap “kecewa” dengan keputusan itu.

“Walaupun kami menghargai pengurangan hukuman daripada 12 tahun kepada 6 tahun yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan setelah pertimbangan pendapat dan nasihat, kami berasa kecewa kerana Dato’ Sri Najib Razak tidak mendapat pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta.

Respon anak Najib selepas ketahui keputusan pengampunan Najib Razak

“Dato’ Sri Najib Razak dan keluarga kekal dengan pendirian dan yakin beliau tidak bersalah.

“Mereka yang mengikuti kes SRC secara dekat sudah tentunya tahu dan bersetuju dengan penghakiman oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak tahun lepas bahawa ketidakadilan yang besar telah berlaku ke atas Dato’ Sri Najib dan keputusan yang betul ialah “beliau wajar dilepaskan dan dibebaskan,” katanya.

Respon anak Najib selepas ketahui keputusan pengampunan Najib Razak

Najib dijatuhkan hukuman penjara dan denda selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana menyalahgunakan dana SRC International.

Berikutan pengumuman Lembaga Pengampunan, dia kini telah menerima pengurangan hukuman, di mana dia dijadualkan dibebaskan pada 23 Ogos 2028 dan denda turut dikurangkan kepada RM50 juta.

Baca Lagi:
Cara penduduk pulau di Indonesia hukum pencuri yang tertangkap dapat reaksi berbeza dari negara luar
Guru tempatan kongsi kerenah pelajar sekolah rendah Amerika Syarikat buat ramai warganet terkejut
“Ramai yang salah sangka selama ni”- Polis rakam pemandu cuba suap duit ketika ditahan
CATEGORIES