Rakyat Malaysia yang hilang di Australia sejak disember 2020 ditemui mati

ezgif 1 e691619bde e1649111072990

Rakyat Malaysia yang hilang di Australia sejak disember 2020 ditemui mati.

Satu rangka manusia yang dipercayai rakyat Malaysia ditemukan di kawasan luar bandar di barat laut Bathurst di New South Wales, kelmarin.

Lapor agensi berita 9news, rangka manusia yang dikenal pasti sebagai ‘Jacky’ Chong Kai Wong itu ditemukan kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan semalam oleh pasukan penyiasat.

Terdahulu, pihak berkuasa melakukan pencarian di kawasan luar bandar Killongbutta.

Rakyat Malaysia yang hilang di Australia sejak disember 2020 ditemui mati

Kai Wong dipercayai mati antara 25 Disember 2020 dan 8 Januari 2021.

Namun, polis memaklumkan identiti rangka itu belum dikenal pasti secara rasmi, tetapi mereka percaya ia adalah lelaki berusia 24 tahun yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Dalam pada itu, pasukan penyiasat turut melakukan pemeriksaan forensik dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sejurus mayat berkenaan ditemukan.

Polis Australia juga mendakwa Kai Wong terlibat dalam jenayah terancang pada masa kematiannya.

Sementara itu, tiga lelaki yang berusia 33,22 dan 28 tahun ditahan dan didakwa di mahkamah kerana membunuh Kai Wong.

Pada 2021, polis yang menjalankan siasatan mengenai sindiket jenayah penghasilan dan pengedaran dadah mendapati, seorang lelaki rakyat Malaysia yang terlibat dalam sindiket itu menghilangkan diri.

Kelmarin, polis menggeledah makmal ganja di luar bandar Killongbutta dan kawasan itu juga didakwa digunakan sebagai ladang tanaman ganja.

Pemeriksaan mendapati kawasan itu dioenuhi dengan 500 hingga 1,000 pokok ganja yang bertujuan dikomersialkan.

Polis juga tidak menolak kemungkinan pembunuhan Kai Wong berlaku di ladang ganja tersebut.

Baca lagi: 

Kisah lelaki melayu yang berjaya menjadi kaya-raya tersenarai dalam malaysia miliki puluhan Helicopter dan Pesawat

Ini sebab jarang mimpi ‘Mak Ayah’ ramai yang tidak tahu soal ini..

Sah ke tidak puasa kalau tak sempat mandi wajib? ini jawapan lengkap Ustaz Azhar Idrus

Leave a Reply

Your email address will not be published.