Rakyat Malaysia sanggup beratur panjang 7 jam demi nasi lemak akak India

Rakyat Malaysia sanggup beratur panjang 7 jam demi nasi lemak akak India

Rakyat Malaysia sanggup beratur panjang 7 jam demi nasi lemak akak India. Siapa sangka rakyat Malaysia sanggup beratur sehingga 7 jam demi mendapatkan sebuah hidangan nasi lemak. Lebih mengejutkan, nasi lemak yang dijual ini berjaya menjadi fenomena dalam komuniti India.

Berjaya dijual oleh gerai yang dinamakan sebagai ‘Akka’ Nasi Lemak, gerai yang dibuka di Seri Kembangan ini berjaya menarik perhatian ramai di mana orang ramai sanggup berdiri sambil beratur sehingga 6 jam lamanya.

Makanan yang enak dan ‘viral’ sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Sanggup beratur sehingga 3 jam demi sepinggan nasi kandar atau berjaya dapatkan 13,000 Sambal Nyet dalam tempoh 2 minit antara rekod yang pernah dibuat rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia sanggup beratur panjang 7 jam demi nasi lemak akak India

Menerusi video TikTok @haxrexnaxxiax_08 yang tular, dapat dilihat gerai Akka Nasi Lemak ini menyajikan beberapa seleksi lauk-pauk terdiri daripada telur dadar, udang bersaiz besar dan lauk ayam.
@haxrexnaxxiax_08 : Finally , After 7 Hours 🫠 . #akkanasilemak #serikembangan ♬ original sound – : HaareeNambiar 💯🔥 .

Mengulas mengenai lokasi dan waktu operasi, Akka Nasi Lemak Seri Kembangan ini beroperasi pada jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari berhadapan Hong Leong, Jalan PUJ 3/2 Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar perniagaan yang diusahakan wanita ini terus maju dan berkembang sekaligus memudahkan orang ramai mendapatkan nasi lemak.

Baca Lagi:
Jamal Abdillah akui takut dengan S Atan, rupanya sebab ini
Kecoh lelaki tak sengaja terakam ‘bebola api’ penanggal atas pokok
Apa dah jadi?, Raja Salman bina patung dan ‘Kaabah baru’ di Arab Saudi
CATEGORIES