PRU15: Larang pengundi bawa telefon bimbit ketika mengundi

PRU15: Larang pengundi bawa telefon bimbit ketika mengundi

PRU15: Larang pengundi bawa telefon bimbit ketika mengundi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa membuat peraturan untuk melarang pengundi membawa telefon bimbit ketika proses pengundian.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hal ini kerana pengundi boleh menunjukkan melalui telefon masing-masing bahawa mereka sudah undi calon tertentu dan kemudian menunjukkan kepada parti yang akhirnya menghulurkan wang.

Katanya, jika tidak dibetulkan segera maka rasuah dan penipuan akan dilakukan dalam pilihan raya.

PRU15: Larang pengundi bawa telefon bimbit ketika mengundi

“Terdapat banyak kelemahan dalam pilihan raya. Umpamanya telefon bimbit boleh menidakkan rahsia pengundi. Parti boleh guna maklumat untuk sogokan.

“Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti pun hulur wang. Tidak bolehkah SPR tegah membawa telefon bimbit semasa mengundi?” Soalnya dalam Facebook beliau hari ini.

PRU15: Larang pengundi bawa telefon bimbit ketika mengundi

Terdahulu, SPR menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian PRU15 yang meliputi pilihan raya serentak bagi mengisi kekosongan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, 15 kerusi DUN Perlis dan 59 kerusi DUN Perak serta DUN Bugaya, Sabah.

Sementara itu, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November dan pengundian awal pula, tarikh 15 November dipilih dan tempoh berkempen bagi PRU15 adalah 14 hari.

Menurut Dr. Mahathir, sebenarnya terdapat banyak lagi kelemahan pilihan raya yang perlu diperbaiki oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum PRU15.

“Tetapi SPR tidak hendak dengar teguran berkenaan kelemahan ini. Jika tidak dibetulkan rasuah dan penipuan akan dilakukan dalam pilihan raya,” katanya.

Baca Lagi:
Penduduk kampung bakal bergelar jutawan, harga tanah cecah RM2.7 juta
Guard Hospital mengamuk halang pelawat masuk melawat, rupanya sebab ini je..
Duit haram nak guna untuk apa?, UAI jelas ada 2 cara manfaatkan duit haram
CATEGORIES