‘Pernah pukul bini tak menyesal ke lantik saya?’- Awie dilantik Duta Yayasan Erth Al-Mustafa

‘Pernah pukul bini tak menyesal ke lantik saya?’- Awie dilantik Duta Yayasan Erth Al-Mustafa

‘Pernah pukul bini tak menyesal ke lantik saya?’- Awie dilantik Duta Yayasan Erth Al-Mustafa. Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie yang baru sahaja dilantik sebagai Duta Yayasan Erth Al-Mustafa berkongsi mengenai proses sebelum dia bersetuju untuk menerima tawaran itu.

Awie ketika ditemui berkata, dia bertanya kepada pihak yayasan itu, sama ada mereka pasti dan tidak akan menyesal memandangkan dia pernah terpalit dengan kontroversi dan dilabel dengan imej yang buruk.

“Pertama sekali, saya tanya kepada pihak penganjur dan yayasan, ‘Tak menyesalkah melantik saya sebagai duta?’. Saya adalah individu yang ada imej buruk sejak 1980-an lagi. Gengster, pukul isteri, semuanyalah. Macam tak ada punca.

“Bukan kali ini sahaja, setiap kali saya ditawarkan untuk terbabit sebagai duta untuk program berkaitan agama, saya berterus terang dengan mereka. Saya suruh mereka Google dan lihat, apa kejadian-kejadian yang pernah membabitkan nama saya,” katanya.

'Pernah pukul bini tak menyesal ke lantik saya?'- Awie dilantik Duta Yayasan Erth Al-Mustafa

Namun, pada masa sama, Awie juga menjelaskan bahawa setiap insiden yang kontroversi yang pernah berlaku itu, ada sebab dan penjelasannya yang tersendiri.

“Tapi, setiap yang berlaku, tentunya ada sebab dan jawapannya hanya ada dengan saya. Saya nak mereka tahu terlebih dahulu sebelum orang lain mempersoal.

“Jawapan yang ada di dalam Google pun, tak habis, sebab saya ada simpan sendiri dan tak hebahkan. Saya nak mereka faham, apa sebab setiap insiden itu berlaku.

“Setiap orang Islam ada jalan pulang untuk kembali ke laluan yang benar. Ini juga takdir Allah yang tentukan saya untuk bertemu dengan mereka dan diberikan kekuatan supaya tidak berputus asa dengan apa yang saya buat.

“Saya nak jadi manusia yang elok dan contoh kepada enam anak-anak saya,” katanya.

Menurut Awie, dia juga sebelum ini pernah dilantik menjadi Duta Remaja Islam di negeri Perak, namun, akan memulangkan semula sijil perlantikan yang tidak ada tarikh luput itu.

“Sebelum, ini, saya pernah dilantik menjadi Duta Remaja Islam untuk negeri Perak sejak 2007. Kalau ikutkan, saya kena turut serta dalam acara-acara dan program anjuran mereka.

“Namun, ada visi saya yang tak kesampaian. Mereka juga melantik saya tanpa meletakkan sebarang tarikh luput. Jadi, saya rasa, saya akan pulangkan semula sijil perlantikan sebagai duta memandangkan saya pun tak dapat meneruskan komitmen bersama mereka lagi.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Erth Al-Mustafa, Sheikh Imran Angullia berkata, pemilihan Awie adalah berdasarkan sumbangannya kepada masyarakat dan setiap manusia, tentunya pernah melakukan kesilapan.

“Kerja amal ini untuk semua orang. Setiap individu dari pelbagai profesion, ada sumbangan mereka yang tersendiri. Apabila Datuk Awie bercerita kepada saya mengenai sejarahnya, saya sampaikan kepadanya bahawa yayasan ini berpaksikan dakwah dan kemanusiaan.

“Bagi saya, semua orang ada sejarah lampau. Kalau nak dibandingkan, kesilapan kita dengan kesilapan sebahagian sahabat Rasulullah, mereka terjebat dengan benda yang lebih besar. Namun, Allah menerima taubat hamba-Nya,” katanya.

Awie dan kumpulannya akan tampil di acara Iftar Bersama Wings: Dari Tuhan, Anugerah dan Harapan yang akan berlangsung pada 31 Mac 2023 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Baharu anjuran Yayasan Erth Al-Mustafa dan BMS Event.

Tiket untuk tempat duduk dan meja juga sudah mula dijual pada hari ini dengan harga bermula RM350 hingga RM1,200.

Baca Lagi:
Pekerja kilang dipenjara 9 tahun curi dua kotak rokok
Budak baru nak ambil SPM dari Shah Alam terima gaji RM14,000 sebulan
Walaupun dah kahwin lain, bekas suami hadiahkan kereta dan bonus 20 peratus untuk bekas isteri dipuji netizen
CATEGORIES