Perhatian kepada pengguna Highway LPT Karak – Gombak, jika anda dihampiri 4 lelaki ini sila berhati-hati

Perhatian kepada pengguna Highway LPT Karak Gombak jika anda dihampiri 4 lelaki ini sila berhati hati

Perhatian kepada pengguna Highway LPT Karak – Gombak, jika anda dihampiri 4 lelaki ini sila berhati-hati.

Sekitar jam 1pm tadi, saya berhenti isi minyak di BHP tol Bentong Hala ke KL, sebuah proton Waja berhenti depan kereta saya dan 2 orang daripada mereka turun menuju ke kereta saya.

Dipendekkan cerita, katanya kereta saya Ada tunggakan, belum habis bayar. Fuhh x kenal bare demo ni.

Ni satu penghinaan kepada pengguna kereta proton yang berusia lebih 20 tahun. Nampak sangat modus operandi nak membongak aka men”scam” seorang lelaki botak yang innocent.

Saya mintak surat daripada bank untuk tengok bank mana yang kuar surat tu. Katanya surat yillek..tapi no plate keta saya ada dalam sistem dalam laptop diaorang, katanya.

So, saya mintak nak tengok sistem tu, diaorang ajak pergi kat kereta Waja Merah (rujuk gambar last) kat hujung pam minyak Tu yang dalam nya Ada 2 orang lagi lelaki iaitu driver dan sorang lagi tengah pegang laptop. Ada la tulis no plate kereta saya bersama-sama no plate kereta-kereta lain dalam bentuk excel.

Perhatian kepada pengguna Highway LPT Karak - Gombak, jika anda dihampiri 4 lelaki ini sila berhati-hati

Tapi, xde apa-apa details berkaitan kereta contoh jenis keta, cc, tahun, tuntutan daripada bank mana, berapa jumlah hutang etc. No plate je semata mata, macam baru di taip pun ada.

Saya cakap, u mau tarik saya punya kereta, u bawak la satu surat bank kasi tunjuk. Kalau u main terjah je kereta orang, lepas tu main tanya kereta bayar ke x bayar, pastu u suruh orang relaks..memang orang xleh relaks lah.

Sebenarnya saya ni bukan berani pun, tapi disebabkan seorang berimej botak so bagi la nampak pailang sikit. Lagi pun ni dalam Bentong lagi, papehal boleh panggil member bekap 🤭

Dalam cakap-cakap tu saya sempat snap beberapa gambar, diaorang perasan dan suruh saya delete. Saya kata, saya xnak delete sebab untuk keselamatan saya sebab diaorang yang terjah saya dulu.

Saya teruskan perjalanan sambil inform member terdekat tentang kejadian dan maklumkan keberadaan saya sekiranya apa-apa berlaku, sebab saya dalam perjalanan ke KL berseorangan.

Perhatian kepada pengguna Highway LPT Karak - Gombak, jika anda dihampiri 4 lelaki ini sila berhati-hati

Perhatian kepada pengguna Highway LPT Karak - Gombak, jika anda dihampiri 4 lelaki ini sila berhati-hati

Nasihat sy, jika berlaku kejadian mcm ni, apa yg perlu anda buat ialah:

  1. Jangan panik.
  2. Jangan serah dulu samada kereta atau duit walau diprovok.
  3. Minta surat arahan tarik daripada bank (pastikan bank tersebut adalah bank yang anda bayar loan).
  4. Jika anda takut, terus call polis untuk bantu anda.

Utk lebih detail berkenaan Proses Penarikan Keta oleh Pihak Bank, boleh rujuk di link bawah ni:

https://semakanstatus.com/kereta-kena-tarik/

Baca Juga : Ini 7 sebab kenapa lelaki melayu suka sangat dengan amoi berbanding perempuan melayu..

Kenderaan masuk KL bakal dikenakan caj sebaik MRT3 siap

Lelaki diculik 3 wanita, dirogol bergilir-gilir selama 3 hari

Leave a Reply

Your email address will not be published.