Penjaga gol Terengganu FC dikejar ke Hospital

54fc7e6c fb1f 4617 9678 ee693deaa088 e1662248807336

Penjaga gol Terengganu FC dikejar ke Hospital. Penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim terpaksa dikejarkan ke hospital ketika perlawanan Liga Super bertemu Melaka United (MU) berlangsung sebentar tadi.

Pemain berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan setelah bertembung dengan pemain gantian MU, Harith Naem Jaineh di dalam kotak penalti ketika permainan memasuki minit ke-46.

Pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab menghentikan perlawanan kira-kira enam minit dengan anggota perubatan kedua-dua pasukan bergegas meluru ke dalam padang untuk memberi rawatan.

Penjaga gol Terengganu FC dikejar ke Hospital

Rahadiazli kemudian dibawa masuk ke dalam ambulans dipercayai untuk diberi rawatan susulan sebelum digantikan dengan Mohd. Suhaimi Husin.

Kedudukan permainan ketika itu 1-0 memihak TFC.

Baca Lagi:

Untung wanita ini, dapat hadiah Lamborghini Huracán bernilai RM1.5 Juta sempena birthday ke-23

Berita baik untuk anak muda, Yamaha RX-Z akan kembali ke pasaran Malaysia?

Selepas pendedahan PrinceMeed, gambar terkini mangsa MH370 masih hidup berada di pulau Diego Garcia tersebar

Leave a Reply

Your email address will not be published.