Pelakon filem ‘Petualangan Sherina’ tinggal dalam hutan lepas jatuh miskin, kini hidup bahagia berkawan dengan ‘pontianak’

Pelakon filem ‘Petualangan Sherina’ tinggal dalam hutan lepas jatuh miskin, kini hidup bahagia berkawan dengan ‘pontianak’

Pelakon filem ‘Petualangan Sherina’ tinggal dalam hutan lepas jatuh miskin, kini hidup bahagia berkawan dengan ‘pontianak’. Pelakon Indonesia bernama Sunandar berkongsi kisah sedih melalui hidup dalam keadaan serba kekurangan dan terpaksa tinggal di dalam hutan.

Atas faktor kewangan, Sunandar memilih untuk meninggalkan kehidupan di kota dan membina rumah sendiri di kawasan terpencil terletak di Lembang, Bandung Barat, Indonesia.

Di sebalik kisah duka hidup miskin, pelakon filem Petualangan Sherina ini turut menceritakan kejadian mistik yang berlaku sepanjang tiga tahun dia tinggal di tempat berkenaan.

Pelakon filem 'Petualangan Sherina' tinggal dalam hutan lepas jatuh miskin, kini hidup bahagia berkawan dengan 'pontianak'

Menurut Sunandar dia tidak merasa bersendirian di sana kerana ada wanita yang menemaninya.

Mereka bertemu di sebuah kawasan di hutan berkenaan, dan wanita itu juga pernah mengajak Sunandar untuk tinggal bersama.

“Saya sering berjaga malam dan pada suatu hari saya bertemu di hujung hutan ketika sedang menikmati udara segar.
“Dia pegang tangan saya dan saya betul-betul merasainya. Dia juga pernah mengajak saya untuk tinggal di kampungnya yang terletak tidak jauh dari situ.
“Namun sehingga kini saya tidak pernah tahu nama wanita itu,” katanya dalam satu temu bual.

Menerusi perkongsian itu, ramai yang mula beranggap wanita tersebut ialah puntianak yang biasa tinggal di dalam hutan begitu.

Baca Lagi:
Senarai 120 negara yang sokong, 14 negara yang menentang gencatan senjata di Gaza
“Kata nak lawan Israel, 2 rakaat pun nak lari”, Imam masjid tegur jemaah untuk solat hajat buat Palestin
Kawan baik aku kahwin dengan bekas isteri aku, dulu selalu nasihat suruh aku kahwin lain
CATEGORIES