
Netizen geli tengok Influencer ini ‘review’ kedai makan
Netizen geli tengok Influencer ini ‘review’ kedai makan. Sudah menjadi kebiasaan sejak akhir-akhir ini di mana restoran sering kali menggunakan khidmat influencer atau food reviewer dalam mempromosikan kedai sekaligus melariskan jualan.
Salah satu medium utama yang kerap kali digunakan adalah review makanan secara video yang sekaligus memperlihatkan seleksi hidangan yang tersedia di restoran tersebut.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular sebuah video perkongsian Twitter @Jomkitamy yang telah meraih pelbagai respon di kalangan netizen berikutan cara dua individu ini βreviewβ kedai makan ini.
Kedai Western Portion Banyak Gila Sumpah Kenyang! #Jomkita
Semua makanan dekat sini portion dia banyak gila wehhh lepastuh kuah black pepper dia kasi banjir wehhh memang sedap sangat sangat recommend πππ
Lokasi π: Garden Western Grill, Petaling Jaya pic.twitter.com/cZmzSYeLAF
β Jomkita π²πΎ (@Jomkitamy) December 28, 2022
Menerusi video yang dikongsikan, netizen berpendapat cara dua individu ini menjamah makanan sehingga meleleh kuah ke dagu membuatkan mereka berasa tidak berselera.
Bukan itu sahaja, terdapat juga netizen yang berpendapat individu yang mempunyai saiz badan yang besar tidak wajar membuat review mengenai makan kerana mampu mengundang kepada masalah kesihatan yang lebih serius.
Berikutan menerima pelbagai respon negatif daripada para netizen, influencer yang berada dalam video ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai gaya makan yang dilihat agak kurang sopan serta sedia menerima teguran secara terbuka.
Beliau turut memaklumkan sedia mengubah cara beliau review makanan agar lebih sopan dan berkualiti serta memohon orang ramai tidak menghina fizikal beliau dalam mengkritik.
Meskipun kurang disenangi para netizen, video yang baru sahaja dikongsikan pada 28 Disember lalu telah meraih lebih 3.1 juta tontonan setakat artikel ditulis.