Nasihat Rita Rudaini raih perhatian ramai tentang rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz, ‘karma 7 keturunan’

Nasihat Rita Rudaini raih perhatian ramai tentang rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz, ‘karma 7 keturunan’

Nasihat Rita Rudaini raih perhatian ramai tentang rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz, ‘karma 7 keturunan’. Nama pelakon Rita Rudaini masih menjadi perhatian netizen kerana nasihat dan pandangan yang diberikannya mengenai kemelut rumah tangga Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz.

Baru-baru ini, Rita berkongsi satu kiriman mengenai ‘karma 7 keturunan’.

Melalui perkongsian tersebut, Rita menyatakan bahawa janji Allah itu pasti untuk hamba-hambaNya yang tersakiti. Bukan itu sahaja, individu yang terluka akan menyaksikan karma yang bakal berlaku jika umur mereka panjang.

Nasihat Rita Rudaini raih perhatian ramai tentang rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz, 'karma 7 keturunan'

“Insyaallah, jika diizinkan Allah dan diberi umur yang panjang, kita akan menyaksikan segalanya. Janji Allah itu pasti,” katanya.

Sebelum ini, Rita memberikan nasihat kepada Bella agar meninggalkan keluarga yang toksik selepas Bella mendedahkan sifat sebenar ibu mentuanya, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz.

Rita menegaskan lagi bahawa Bella tidak sesuai untuk terus berada dalam keluarga tersebut. Selaku ibu kepada dua cahaya mata, Rita juga mengakui bahawa wujud seorang ibu yang mengajar dan menyokong anak-anak membuat kesilapan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Baca Lagi:
Penting untuk semua, ketahui siapa yang kita boleh salam ketika hari raya
Suami bengang isteri pergi umrah tanpa izin, 10 malam terakhir suami pulun doa agar isteri tak selamat dunia, akhirat
Bendahari masjid ‘kedekut’, masjid dapat banyak sumbangan tapi tak setuju imam tarawih dibayar RM2,000 untuk 15 hari
CATEGORIES