Nama anak bermaksud ‘syaitan tandas’, JAWI senaraikan 4 jenis nama dilarang Islam

Nama anak bermaksud ‘syaitan tandas’, JAWI senaraikan 4 jenis nama dilarang Islam

Nama anak bermaksud ‘syaitan tandas’, JAWI senaraikan 4 jenis nama dilarang Islam. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menasihatkan ibu bapa agar menyemak makna sebenar nama anak mereka agar tidak memberi terjemahan maksud tidak baik.

Jawi menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya berkata, mereka turut menyenaraikan empat jenis nama yang dilarang dalam ajaran Islam sebagai panduan serta rujukan golongan ibu bapa.

“Antaranya ialah bentuk pemberian nama individu yang boleh membawa makna buruk seperti Harb bererti perang, Himar bermaksud keldai atau pun Kalb iaitu anjing dan ada juga nama syaitan seperti Honzab (syaitan yang menggoda ketika solat) serta Khubut atau Khobait (syaitan yang mengganggu manusia dalam tandas),” katanya.

Nama anak bermaksud 'syaitan tandas', JAWI senaraikan 4 jenis nama dilarang Islam

Katanya, jenis ketiga ialah nama individu merujuk kepada berhala atau patung disembah oleh penganut ajaran tertentu sebagai contoh Isaaf, Al-Uzza atau Al-Lat.

“Sementara nama untuk jenis keempat yang maksudnya itu boleh menjurus pula kepada perbuatan buruk seperti Asyar bererti jahat, Balidah (bodoh) atau Ayirah (tidak bersyukur).

“Sehubungan itu, ibu bapa Muslim yang mungkin menghadapi masalah nama sedemikian tidak perlu berasa bimbang kerana Bahagian Penyelidikan Jawi sedia membantu,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, Jawi memberitahu, permohonan pertukaran nama hanya dibenarkan sekali sahaja dan telah merujuk terlebih dahulu kepada JPN sebelum memohon Surat Sokongan Pertukaran Nama.

Baca Lagi:
Anak dah 5, pengasas produk kosmetik baru sedar perkahwinan tidak sah selama ini
Ini cara nak kenal duit ringgit Malaysia dari hasil rompakan mesin ATM
Hafidz Roshdi ceraikan isteri talak satu
CATEGORIES