Nak jadi jutawan dunia & akhirat, ini kriteria yang perlu ada pada diri

Nak jadi jutawan dunia & akhirat, ini kriteria yang perlu ada pada diri

Nak jadi jutawan dunia & akhirat, ini kriteria yang perlu ada pada diri.

Ramai orang mengimpikan untuk menjadi jutawan. Masakan tidak, manusia memang secara fitrahnya sukakan kebendaan, kemewahan dan kesenangan.

Andai kuasa memilih terletak pada tangan manusia, sudah tentu mereka akan menetapkan untuk memiliki kekayaan yang melimpah-ruah.

Nak jadi jutawan dunia & akhirat, ini kriteria yang perlu ada pada diri

Benar, tidak salah menjadi jutawan di dunia. Kita boleh menjadi insan pemberi dan menggunakan harta kurniaan ALLAH SWT ke jalan diredai-NYA.

Penolong Pendaftar Kanan, Universiti Teknologi Mara Cawangan Kelantan, Ustazah Shalwati Ramli mengingatkan bahawa kemewahan dunia tiada penghujungnya.

“Semakin kita mendapat apa yang dihajati, semakin besar lagi keinginan untuk memiliki lebih daripada itu.
“Dalam dunia pada hari ini, kita memerlukan jutawan yang berfikiran dan pemurah seperti Abdul Rahman bin ‘Auf,” katanya kepada Sinar Islam.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kekayaan itu bukan soal kelimpahan harta benda dunia, melainkan kekayaan sejati adalah kekayaan jiwa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ustazah Shalwati kemudian memperincikan kriteria perlu ada dalam diri Muslim untuk menjadi jutawan dunia dan akhirat bagi mencapai keredaan serta pahala berlipat ganda daripada ALLAH SWT:

Berikut perinciannya:

1. Dalam usaha mencari dan mengumpul harta, kita harus mendidik diri dengan sifat qanaah iaitu berasa cukup dengan apa yang dikurniakan ALLAH SWT.

Qanaah adalah sikap rela dan reda menerima serta menjauhkan diri daripada rasa tidak puas atau kurang senang.

2. Tidak wajar berasa iri hati sekiranya tidak menerima rezeki seperti orang lain walaupun kita sudah berusaha lebih untuk menggapainya.

3. Jadilah seorang hamba yang tahu bersyukur kepada ALLAH.

Walaupun tidak memiliki banyak harta, kita tetap berasa lega, tiada dengki dan tidak tamak kepada harta orang lain.

Baca Juga:
Dulu jutawan, sekarang lelaki ini jadi penjual roti tepi jalan, ini kisahnya
Budak tadika curi jongkong emas, hadiahkan kepada rakan kelas sebagai tanda pertunangan
Jangan terkejut! Kereta terbang dah boleh ditempah harga bermula RM1.4 juta
CATEGORIES