Murid tanggung ‘azab’ kon lekat di kepala

Murid tanggung 'azab' kon lekat di kepala

Murid tanggung ‘azab’ kon lekat di kepala. Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah rendah di sini mengalami detik cemas apabila sebuah kon terlekat di kepalanya.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK II) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Mohd Ezal Azma, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.28 tengah hari dan dengan bantuan enam anggota, kon itu dipotong dengan peralatan khas dan dapat dikeluarkan 26 minit kemudian.

Murid tanggung 'azab' kon lekat di kepala

“Difahamkan pelajar berusia 10 tahun bersekolah sesi pagi dan kejadian berlaku ketika dia hendak pulang ke rumah.

“Ketika bermain bersama rakan lain dalam kawasan sekolah, mangsa memasukkan kon ke kepalanya yang mengakibatkan gagal dikeluarkan,” katanya.

Baca Lagi:
Desas-desus bekas ketua polis negara jadi calon GTA bertanding di Parlimen Rembau?
Penyanyi baru wanita dakwa hampir dicabul vokalis kumpulan terkenal
Fitnah isteri DDNK, Mat Sabu pula bakal heret 2 ‘facebooker’ ke mahkamah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *