Misteri 9 kanak-kanak berbaju merah datang beraya, duit raya tuan rumah lesap

Misteri 9 kanak-kanak berbaju merah datang beraya, duit raya tuan rumah lesap

Misteri 9 kanak-kanak berbaju merah datang beraya, duit raya tuan rumah lesap.

Kehadiran sekumpulan kanak-kanak ke sebuah rumah kononnya untuk beraya menjadi igauan ngeri sebuah keluarga apabila sampul berisi duit raya milk mereka lesap.

Lebih menyedihkan, penghuni rumah terbabit hanya menemui sampul yang sudah tidak ‘berisi’ di dalam sebuah bilik air selepas kesemua ‘tetamu’ itu pulang.

Tragedi itu berlaku ke atas sebuah keluarga yang tinggal di Bukit Changgang Kuala Langat, namun tarikh kejadian sebenar tidak dapat dipastikan.

Kisah menyayat hati itu telah dikongsi di laman Twitter @MALAYSIAVIRALL dan menerusi perkongsian tersebut mangsa memaklumkan mereka didatangi sekumpulan sembilan remaja berkulit gelap dengan pakaian sedondon berwarna merah pada waktu petang.

Selepas didatangi sembilan kanak-kanak berbaju merah, duit raya tuan rumah lesap

Menurut mangsa, memandangkan musim perayaan ketika ini, mereka sekeluarga telah mengalu-alukan ‘tetamu’ itu masuk ke dalam rumah.

“Kebetulan ketika itu kakak saya baru sampai dan pada waktu itu kami sibuk menghidangkan air kepada tetamu lain dan pada masa sama budak-budak itu sempat menyelongkar beg tangan.

“Mula-mula kami tak perasan, apabila budak itu dah balik tengok-tengok sampul duit raya dah hilang. Kami jumpa sampul-sampul itu di bilik air tapi dah kosong,” kata mangsa.

Mengulas lanjut, mangsa berkata, kanak-kanak tersebut juga ada bertanya kepada mereka rumah tersebut dihuni berapa orang, berapa bilik dan pelbagai soalan lagi.

Jelas mangsa, mereka ada bertanya kepada kanak-kanak itu datang dari mana, dan mereka memberitahu dari Bandar Mahkota dengan menaiki sebuah kereta milik ibu saudara.

“Kalau ikutkan jauh juga Bukit Changgang, datang naik kereta mak sedara hantar tapi mak sedara tak masuk cuma tunggu dalam kereta.

“Bila fikir balik buat apa sanggup datang dari jauh tak ada sedara mara pun kat sini, tapi datang hantar budak-budak beraya,”ujarnya.

Justeru, mangsa menasihatkan penduduk sekitar supaya berhati-hati ketika menerima tetamu terutamanya kumpulan kanak-kanak terbabit supaya mereka tidak menjadi mangsa sepertinya.

Baca Lagi:

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Tindakan bijak peniaga buat semakan nombor akaun, berjaya elak ditipu panggilan scammer

Kalau duit hilang dalam akaun, jangan kalut dulu! Cuba try cara ni

CATEGORIES