Mesyuarat MKT Umno putuskan tolak kerajaan Perpaduan bersama PN

Mesyuarat MKT Umno putuskan tolak kerajaan Perpaduan bersama PN

Mesyuarat MKT Umno putuskan tolak kerajaan Perpaduan bersama PN.

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 23 November 2022 bersamaan 28 Rabiul Akhir 1444H yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO telah membuat beberapa ketetapan seperti berikut:-

Mesyuarat MKT Umno putuskan tolak kerajaan Perpaduan bersama PN

1. MKT mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran kedua-dua perbincangan yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

2. MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Barisan Nasional menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

3. MKT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15, mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk Kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

4. MKT memperkukuhkan sokongan terhadap YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO, untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO Malaysia.

5. Dimaklumkan juga bahawa Perhimpunan Agung UMNO untuk tahun 2022 ini ialah pada 21-24 Disember 2022.

DATUK SERI AHMAD BIN MASLAN
SETIAUSAHA AGUNG UMNO

24 November 2022

BACA JUGA : 
Kelibat hantu menembusi pintu hospital rupanya dari pesakit yang baru meninggal dunia
Ke arah “Kerajaan Perpaduan Malaysia” PH, BN rangka perjanjian 10 perkara
Presiden MIC dedah Zahid hantar surat ke Istana sokong Anwar jadi PM
CATEGORIES