Lucu! Netizen terpedaya aksi lelaki bancuh susu anak sambil drive

Lucu! Netizen terpedaya aksi lelaki bancuh susu anak sambil drive

Lucu! Netizen terpedaya aksi lelaki bancuh susu anak sambil drive

Melucukan apabila rata-rata netizen terpedaya dengan aksi seorang lelaki membancuh susu di tempat duduk pemandu ketika kereta dinaikinya sedang bergerak apabila kenderaan itu sebenarnya sedang ditunda.

Pada mulanya, netizen mengecam tindakan tersebut yang dilihat mengancam keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya lain.

Namun, segalanya terbongkar apabila video yang dimuat naik di laman sosial oleh Niza Dafani menunjukkan kereta itu sedang ditunda pada hujung rakaman.

Ia lebih kepada gurauan pemilik akaun dengan suaminya.

Perkongsian itu telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial kerana mereka sudah ditipu oleh pemilik akaun tersebut.

“Aku ingat dia naik kereta auto tadi,” marah seorang pengguna.

“Hmm, tertipu rupanya,” luah Norhasiah.

“Sikit lagi nak maki, nasib baik dah tengok video ini sampai habis,” kata pengguna lain.

@nizadafanidaddy lagi pakar buat susu anak sambil drive.♬ bunyi asal – Niza Dafani

Baca Lagi:

Peniaga bertudung jual sate ular, darah ular siap dijadikan minuman

Isu kesesakan jalanraya, pakar cadangkan lupuskan kenderaan yang berusia 10 tahun dan ke atas

Wanita tawar jual ‘dara’ RM6,000 sebab nak bantu kewangan keluarga

CATEGORIES