Lelaki Bangladesh maut sembunyi dalam mesin pengisar ketika serbuan Jabatan Imigresen Malaysia

Photo of author

By Joe

Lelaki Bangladesh maut sembunyi dalam mesin pengisar ketika serbuan Jabatan Imigresen Malaysia. Padah menyembunyikan diri dalam mesin pengisar ketika serbuan Jabatan Imigresen Malaysia, seorang pekerja kilang ditemui maut di sebuah kilang di kawasan perindustrian Rawang di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 9.27 pagi.

Lelaki Bangladesh maut sembunyi dalam mesin pengisar ketika serbuan Jabatan Imigresen Malaysia

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan ke lokasi dan mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam mesin pengisar tersebut.
“Mangsa merupakan seorang lelaki warga Bangladesh berumur lingkungan 30 tahun dipercayai bertindak menyembunyikan diri dalam pengisar berkenaan ketika operasi pihak Imigresen pada Sabtu malam,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia sebelum pihak bomba tiba.

“Mayat kemudiannya dikeluarkan anggota bomba terlibat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Baca Lagi:
“Dia minta buka mulut dan masukkan air liur dia ke dalam mulut saya.”, anak tiri Mona Fendy dedah kisah kali pertama jumpa dengan Mona & Affendi
Kenapa lelaki yang selalu hilang dalam hutan, bukan perempuan?, ini sebab & ciri-ciri lelaki yang jadi pilihan utama ‘bunian’
Ini rupa kereta Axia baharu jika digabungkan dengan Bezza jadi sedan, nampak lebih menarik