Lagi provokasi di ceramah MUDA, cubaan rempuh masuk bangunan tidak berjaya

Lagi provokasi di ceramah MUDA, cubaan rempuh masuk bangunan tidak berjaya

Lagi provokasi di ceramah MUDA, cubaan rempuh masuk bangunan tidak berjaya. Ceramah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sekali lagi dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki berbaju hitam dalam kejadian di Muar pada Sabtu.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kejadian itu berlaku ketika Majlis Malam Mesra Muo yang berlangsung di Dewan Yong Sheng.

Ceramah Muda sekali lagi dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki berbaju hitam dalam kejadian di Muar pada Sabtu.

“Saya adakan majlis makan malam sahaja. Kenapa perlu ada provokasi lagi. Bukan saya buat apa-apa pun.

“Bila ahli Muda tanya datang dari mana, mereka mula mengganas. Baling botol, baling mercun (dan) rosakkan kereta tetamu.

Lagi provokasi di ceramah MUDA, cubaan rempuh masuk bangunan tidak berjaya

Dua klip video berdurasi 15 dan 46 saat yang dimuat naik Syed Saddiq menunjukkan sekumpulan lelaki berbaju hitam memakai pelitup hidung dan mulut melaungkan perkatan ‘balik’ sebagai provokasi terhadap tetamu yang hadir pada program berkenaan.

Dalam pada itu Syed Saddiq turut meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan kejadian yang berlaku.

“Dalam ini (video) ada bukti mereka baling mercun ke arah kami. Saya tolak sekeras-kerasnya provokasi dan juga politik gangsterisme.

“Kalau tak suka dan nak lawan, kita lawan melalui politik dasar dan khidmat. Kalau macam ini, tiada guna. Masalah-masalah rakyat tidak akan selesai,” katanya.

Pada 16 Oktober lalu, ceramah Muda di Muar turut dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki berbaju hitam.

Baca Lagi:
Ramai ‘cancel loan’ kereta baru sebab teruja tengok gambar kereta Proton S50
Penduduk kampung bakal bergelar jutawan, harga tanah cecah RM2.7 juta
Penghantar makanan terkejut dapat sampul berisi wang ribuan ringgit dari pelanggan wanita
CATEGORIES