Kisah ‘sedih’ di sebalik wang pengeluaran khas KWSP, tak semua orang boleh keluarkan RM10,000…

KWSP 1641444605 e1650472689554

Kisah ‘sedih’ di sebalik wang pengeluaran khas KWSP, tak semua orang boleh keluarkan RM10,000…

Sembilangan rakyat Malaysia mula menerima wang pengeluaran khas yang dimohon daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mulai 18 April.

Keterujaan itu dikongsi segelintir mereka di media sosial, namun pada masa sama ‘mengguris’ perasaan individu lain yang tidak berpeluang membuat pengeluaran itu.

Menerusi satu perkongsian di Facebook yang tular, seorang wanita memuat naik tangkap layar mesej yang meluahkan kesedihan.

“Tak semua orang yang ada KWSP keluarkan RM10,000… ada yang cuma dapat keluarkan RM300 kerana itu yang tersisa. Itu pun dikeluarkan untuk membeli baju raya anak-anak.

Kisah ‘sedih’ di sebalik wang pengeluaran khas KWSP, tak semua orang boleh keluarkan RM10,000...
Antara reaksi netizen pada perkongsian seorang wanita di Facebook.

“Jadinya tidak perlu fikir semua orang yang ada KWSP itu akan mempunyai banyak duit masa raya nanti. Elakkan bergurau bab duit sebab ada orang yang sensitif sebab dia tak ada pun RM10,000 tu… ‘haa pergi salam minta duit raya kat maksu, dia banyak duit tu dapat 10k (RM10,000)’, jangan ya ajar anak-anak meminta duit raya dekat orang sebab tidak elok.

“Sebaliknya ajar ucap terima kasih kalau diberi, simpan terus bukan buka sampul depan pemberi. Syukur walau dapat sedikit atau banyak,” luahnya.

Dalam pada itu, antara yang diungkapkan adalah tindakan individu yang meminta pencarum ‘open table’ kerana mengeluarkan duit KWSP berkenaan.

“Ni balik kampung mesti banyak duit KWSP RM10,000, open table la… belanja semua. Entah-entah individu tersebut cuma dapat keluarkan RM1,000 sahaja, itu pun dah habis buat baiki kereta, beli baju raya, buat duit minyak dengan tol.

Kisah ‘sedih’ di sebalik wang pengeluaran khas KWSP, tak semua orang boleh keluarkan RM10,000...
Tidak semua pencarum mengeluarkan amaun maksimum RM10,000.

“Tapi pelik juga yang kata ‘untung dapat keluarkan KWSP’,” rintihnya lagi.

Pandangan wanita itu ternyata menarik perhatian warganet sehingga status tersebut dikongsi lebih 3,400 kali.

Rata-ratanya bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan itu dan menyatakan bahawa pengeluaran khas KWSP yang diluluskan itu tidak seharusnya dihebohkan.

“Benar… tidak semua dapat RM10,000. Jangan la pukul rata, anggap yang dapat keluar ni (dapat) RM10,000. Boleh jadi dapat keluar RM245 sahaja.

Kisah ‘sedih’ di sebalik wang pengeluaran khas KWSP, tak semua orang boleh keluarkan RM10,000...
Kelulusan permohonan membuatkan pencarum gembira dan membuat perkongsian di media sosial.

“Sebab tu apply KWSP, senyap-senyap sahaja. Ni habis nak canang dalam media sosial, nanti orang perli marah.

“Dapat RM10,000 pun tak semestinya orang tu dah banyak duit, itu la hasil titik peluh dia betahun-tahun kerja. Orang tak tahu lagi komitmen dan kewangan kita macam mana sebenarnya sedangkan dengan RM10,000 itu la mungkin nak bayar balik hutang-hutang semua yang ada. Bersyukur apa adanya.

“Settle (bayaran) CIMB, tinggal RM1,000… alhamdulilah asal bebas hutang. Bulan ke depan tak gaduh nak fikir bayar, kadar faedah lebih teruk daripada bulanan,” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut mencadangkan agar pengeluaran khas tersebut dimanfaatkan sepenuhnya dengan betul seperti ‘melaburkannya’ dalam pembelian aset mudah cair seperti barang kemas.

“Sudah dapat duit KWSP ni beli emas, pelaburan yang bijak. Kalau nak guna duit boleh gadai emas tu dekat bank… emas dapat duit pun dapat, tak perlu buat pinjaman.

“Berapa banyak yang kita dapat itu tidak penting. Yang jauh lebih penting adalah bagaimana kita urus, apa yang kita dapat itu terus sustain untuk keperluan kita setiap bulan,” ujar segelintir warganet lagi.

Sementara itu, seorang pelayar Facebook yang dikenali Munchen Carrera memaklumkan satu langkah bagi membantu ‘mencambahkan’ wang pengeluaran khas KWSP.

“Ramai yang tanya duit KWSP buat apa? Main saham atau masuk RM10 cuci RM30? Aku jawab mudah, letak dalam Maybank Gold! Caranya pun mudah,” ujarnya yang turut berkongsi cara untuk melakukan proses berkenaan.

Kisah ‘sedih’ di sebalik wang pengeluaran khas KWSP, tak semua orang boleh keluarkan RM10,000...
Netizen juga mengiyakan kata-kata pada perkongsian tersebut.

Katanya, individu yang ingin membuat simpanan di Maybank Gold perlu ke laman web berkenaan dan klik ‘wealth’.

“Kemudian, pergi Maybank Islamic Gold i-account untuk daftar dan dapatkan nombor TAC bagi tujuan pengaktifan.

“Selepas itu boleh membeli dan menjual emas kat dalam ni… serendah RM10 boleh beli emas. Nilai emas mengikut kadar yang ditetapkan Maybank, ade naik dan turun… boleh untuk long term investment.

“Apa pun tepuk dada tanya selera. Banyak tempat yang boleh rolling duit, tapi carilah dengan bijak, selamat dan senang dikeluarkan jika keadaan terdesak,” katanya menerusi satu perkongsian yang dikongsi lebih 2,600 kali.

Baca Lagi:

Kes basikal lajak : Saksi tampil dedah perkara sebenar yang berlaku, ramai yang tertipu

Pemuda 18 tahun maut dihempap lif pada hari pertama bekerja

Ini cara semak baki kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published.