Kisah benar mengenai pengkhianatan seorang anggota Cawangan Khas yang akhirnya mengorbankan rakan sepasukan

Kisah benar mengenai pengkhianatan seorang anggota Cawangan Khas yang akhirnya mengorbankan rakan sepasukan

Kisah benar mengenai pengkhianatan seorang anggota Cawangan Khas yang akhirnya mengorbankan rakan sepasukan.

BETAPA PENTINGNYA KERAHSIAAN

Pengkhianatan Yang Membawa Kepada Kematian Rakan Sepasukan

Kisah benar berdasarkan transkrip mahkamah rayuan mengenai pengkhianatan seorang anggota Cawangan Khas yang akhirnya mengorbankan rakan sepasukan.
Pengkhianatan Hassan Bin Hj Ali Basari

Jika kita rasa kejadian pencerobohan oleh pengganas Sulu di Lahad Datu itu teruk, memalukan dan menimbulkan kemarahan. Kamu mungkin belum tahu kisah ini.

Kisah benar mengenai pengkhianatan seorang anggota Cawangan Khas yang akhirnya mengorbankan rakan sepasukan

Hassan bukan sembarangan orang. Beliau merupakan seorang anggota polis berpangkat Korporal yang bertugas untuk Cawangan Khas (SB) PDRM di Lahad Datu, Sabah sejak tahun 1990. Tanggungjawab beliau ialah mengumpulkan maklumat perisikan keatas Kesultanan Sulu dan ancaman yang mungkin datang dari mereka. Beliau bertanggungjawab melaporkan kepada Head of the Special Branch (SB), Lahad Datu apa sahaja maklumat mengenai ancaman dan aktiviti Kesultanan Sulu yang berpotensi mengancam keamanan Sabah.

Hassan di pilih kerana kefasihan beliau dalam bahasa Suluk dan Bajau dan juga beliau memiliki hubungan rapat dengan komuniti Sulu di Lahad Datu.

Maklumat awal serangan dan pencerobohan yang di sembunyikan oleh Hassan.

Seperti yang kita semua tahu insiden pencerobohan Lahad Datu berlaku pada 11 Februari 2013 namun Hassan sebenarnya menerima maklumat ancaman seawal Januari 2013, beliau telah bertemu dengan seorang informer atau pemberi maklumat di sebuah kedai ais krim di Lahad Datu. Maklumat tersebut sangat penting dan signifikan kerana Informer tersebut telah melaporkan seramai, 1,500 orang yang setia dengan Datu Esmail Kiram telah berkumpul di Pulau Simunul berdekatan Bungao, Filipina. Dan kumpulan ini bersenjata dan berniat untuk menawan Sabah. Hassan mencatatkan maklumat ini diatas kertas.

Pemberi maklumat tersebut mendapat informasi mengenai ancaman tersebut ketika menjual ikan di Bungao Filipina di mana beliau bertemu dengan sekumpulan lelaki beruniform ala tentera dengan patch bertulis “Royal Sulu Force” pada uniform mereka. Kumpulan lelaki ini ingin menumpang bot si pemberi maklumat tersebut kerana sangkakan beliau mahu ke Pulau Simunul. Ketika itulah pemberi maklumat tersebut mendengar perbualan mereka dimana mereka berkata:

(i) 1,500 orang telah berkumpul di Pulau Simunul; dan
(ii) mereka merancang untuk menceroboh dan claim Sabah.

Maklumat yang amat penting ini langsung tidak di sampaikan kepada SB. Malah tiga hari kemudian pemberi maklumat tersebut telah berhubung sekali lagi dengan Hassan dan kini dengan maklumat bahawa empat ‘pintel’ (bot kecil) telah pun tiba di Bangkuran, Lahad Datu. Maklumat yang penting ini juga telah di senyapkan oleh Hassan.

Kemudian pada 2 Mac 2013 sekali lagi maklumat penting di sampaikan iaitu 400 lagi lelaki bersenjata bersiap sedia memasuki Sabah sebagai backup forces bagi membantu Royal Sulu Forces yang telah pun memasuki Kampung Tanduo. Pasukan tambahan ini ialah dari Mindanao National Liberation Front (MNLF) dan tentera kepada Sultan of Sulu forces. Sekali lagi maklumat ini tidak dilaporkan.

Niat sebenar Hassan terdedah

Akhirnya niat Hassan sebagai pengkhianat terdedah dalam satu pintasan komunikasi telefon oleh pihak SB keatas Datu Amir Bahar dan Raja Muda Agbimudin, yang mana keduanya merupakan protagonis utama dalam pencerobohan di Lahad Datu. Pintasan ini berlaku pada 25 Februari 2013, di mana kedua2 nya berbincang mengenai Hassan yang telah menyampaikan maklumat pergerakan pasukan keselamatan kepada Kiram.

Pintasan Komunikasi telefon antara Datu Amir Bahar and Raja Muda Agbimudin.

“Pada 25 Februari 2013 jam 22.31 Datuk Amir Bahar menyatakan dia mendapat tahu daripada Hassan yang merupakan anggota Polis yang mana pihak berkuasa Malaysia akan masuk jam 12.00 tengah malam nanti. Raja maklum dan memberitahu mereka telah bersedia. Datu Amir Bahar memberitahu Hassan dan Hussin merupakan adik beradik dan mereka juga merupakan ahli ‘keluarga kita’. Raja maklum dan beritahu mereka telah bersedia”

Rakaman pintasan telefon ini merupakan bukti kukuh dimana Hassan memang berniat jahat dan terlibat secara langsung dengan pencerobohan Lahad Datu, dia merupakan pengkhianat dan musuh dalam selimut yang sengaja meletakkan rakan sepasukan dalam bahaya dengan membocorkan maklumat pergerakan Vat69 yang dipercayai membawa kepada pertempuran antara VAT69 dan pengganas Kiram pada 1 Mac 2013 yang mengorbankan Korporal Sabaruddin bin Daud dan Inspektor Zulkifli bin Mamat. Pegawai dan anggota polis dan tentera 🇲🇾 yang terkorban semasa ops daulat takkan rakyat Malaysia lupakan sampai bila2, Al-fatihah kepada pahlawan negara…

Baca Juga : 

Banjir di Pakistan dijangka surut enam bulan lagi, hujan berterusan tanpa henti

Tuan Guru Haji Hadi Awang kahwin baru? Ini penjelasan sebenar

Gambar cikgu cantik jadi perhatian, ramai bapa-bapa mahu kembali ke sekolah jadi anak murid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *