Kisah anak yatim piatu dilahirkan tiada sebelah kaki, demi menuntut ilmu sanggup melompat-lompat pergi sekolah

1 276 678x381 1 e1649335774857

Kisah anak yatim piatu dilahirkan tiada sebelah kaki, demi menuntut ilmu sanggup melompat-lompat pergi sekolah.

Dilahirkan dengan fizikal tidak sempurna, namun kekurangan itu tidak mematahkan semangat Raisalman bagi menuntut ilmu dan mengejar cita-citanya.

Walaupun mempunyai satu kaki, budak berusia sembilan tahun itu bersemangat pergi ke kelas dengan cara berlompat-lompat dari rumah sampai ke sekolah yang jaraknya sekitar satu kilometer.

Screenshot 18 1

Kisah budak dari Jawa Barat itu tular di laman media sosial November lalu setelah dikongsi oleh seorang pengguna Instagram, Kristiawan Saputra yang memuat naik beberapa gambar dan video Raisalman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SKP INDONESIA (@skp_indonesia)

Difahamkan, budak berkenaan mempunyai sebelah kaki sejak dari lahir dan mempunyai keluarga yang kurang berkemampuan.

Bapanya yang telah meningg4l dunia pernah bekerja sebagai buruh tani, manakala ibunya pula suri rumah sepenuh masa selain merawat salah seorang anak yang mengidap epilepsi.

Kristiawan berkata, kenalan dan pihak sekolah telah memohon bantuan buat keluarga Raisalman daripada pihak bertanggungjawab namun masih tiada maklum balas.

Baca Lagi:

5 dosa anak kepada ibu yang dianggap perkara biasa tanpa disedari

Bekas pelajar terkejut temui guru yang mengajarnya dahulu merempat di Stesen Keretapi jadi gelandangan

Tular lelaki berbogel di lobi hotel Genting Highlands

Leave a Reply

Your email address will not be published.