Ketua balai pangkat Sarjan Mejar tampar orang awam ditukar serta merta

Ketua balai pangkat Sarjan Mejar tampar orang awam ditukar serta merta

Ketua balai pangkat Sarjan Mejar tampar orang awam ditukar serta merta. Seorang ketua balai berpangkat Sarjan Mejar yang didakwa menggunakan kekerasan dengan menampar orang awam telah ditukarkan ke unit lain berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat seperti dilapor New Straits Times, semalam.

Menurut Kamarul Zaman, ketua polis balai Sri Gading itu telah ditukarkan ke unit lain dalam Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

Ketua balai pangkat Sarjan Mejar tampar orang awam ditukar serta merta

Beliau berkata, pertukaran itu adalah langkah sementara menunggu siasatan penuh.

“Ini adalah langkah sementara yang kita ambil. Tindakan lanjut akan diambil terhadapnya jika siasatan membuktikan dia terlibat,” katanya.

Jumaat lalu, UtusanTV melaporkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu video tular memaparkan seorang individu dipercayai pegawai polis menggunakan kekerasan terhadap orang awam.

Kamarul Zaman memberitahu, pihaknya mengesan video tular berdurasi 37 saat itu di laman X pada hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati hantaran yang dimuat naik pada pukul 3.11 petang telah memetik nama dan jawatan pegawai polis berkenaan.

Baca Lagi:
Pengunjung diminta waspada kemunculan ulat bulu laut di pantai Terengganu
Budak 6 tahun disunat oleh ‘jin’ ketika membuang air kecil
Remuk hati suami dapat panggilan isteri kena tangkap khalwat
CATEGORIES