Kecoh! Tular video wanita berjumpa guru yang didakwa ‘menepuk’ muka anaknya dengan buku kerana tak bawa rekoder ke sekolah

Kecoh! Tular video wanita berjumpa guru yang didakwa ‘menepuk’ muka anaknya dengan buku kerana tak bawa rekoder ke sekolah

Kecoh! Tular video wanita berjumpa guru yang didakwa ‘menepuk’ muka anaknya dengan buku kerana tak bawa rekoder ke sekolah.

Rakaman video tular ternyata telah mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Ada yang menyebelahi si ibu dan tak kurang juga mempertahankan tindakan guru dalam mendidik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Memetik laporan mStar, ibu yang dikenali sebagai Siti Naila berkata, selepas pulang dari sekolah anak tak mahu makan dan terus tidur sehingga jam 10 malam.

Hari Khamis saya bawa anak saya ke sekolah untuk dapatkan penjelasan. Hari Jumaat anak saya menangis tak nak pergi sekolah.

Walaupun tidak cedera, anaknya dikatakan mengalami trauma dan tertekan. Menurutnya, guru itu sepatutnya memahami keadaan murid yang masih kecil (darjah 3) dan mempersoalkan mengapa guru Pendidikan Muzik itu tidak mengingatkan ibu bapa dalam group Whatsapp kelas.

Dia ke sekolah bukanlah mahu bergaduh cuma mahu mendapatkan penjelasan. Malah, guru tersebut telah mengaku memukul anaknya dan beberapa murid lain.

Saya sendiri akui silap terkasar bahasa, biasa la orang Melaka kan. Saya tak dapat kawal perasaan apabila guru tu nak tegakkan benang yang basah dan asyik kata anak saya biadap.

Apa yang dikesalkan adalah guru memukul anaknya di bahagian muka. Dia sebagai ibu juga bimbang anak akan mendapat kecederaan jika buku terkena bahagian telinga yang mungkin boleh menjejaskan pendengaran.

Kecoh! Tular video wanita berjumpa guru yang didakwa ‘menepuk’ muka anaknya dengan buku kerana tak bawa rekoder ke sekolah

Baginya, adalah tidak wajar pukul di bahagian muka atau kepala. Jika nak beri kesedaran cukuplah sekadar pukul di tangan atau kaki.

Difahamkan, ibu ini telah membuat laporan polis dan mahu melaporkan kejadian kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baca Lagi:

Keputusan SPM dah umum, guru kecewa bayaran mengawas dan elaun belum diperoleh sehingga kini

Tindakan guru potong rambut 10 pelajar fesyen ‘botak tengah’ dikecam netizen

Ibu luah rasa kecewa anak jadi kemurungan setelah rambut di potong sampai tobek oleh guru disiplin

CATEGORIES