“Kami sekeluarga berhutang nyawa & budi”, anak nak kena operation jantung berlubang, tak sangka Siti Nurhaliza datang bantu

Photo of author

By Joe

“Kami sekeluarga berhutang nyawa & budi”, anak nak kena operation jantung berlubang, tak sangka Siti Nurhaliza datang bantu. Sekali lagi nama penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil sebagai TokTi menjadi bualan ramai setelah tular satu kisah diceritakan oleh seorang individu mengenai kebaikan selebriti itu.

Difahamkan dari kisah individu itu, sewaktu dikhabarkan mengenai penyakit anak, dia serta isteri ‘terkedu’ memandangkan kos pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) waktu itu sangat mahal.

Anak saya nak kena operation jantung berlubang. Saya dalam bilik tafsiran dengan isteri. Tiada pilihan, nak keluarkan EPF sebab kos.

"Kami sekeluarga berhutang nyawa & budi", anak nak kena operation jantung berlubang, tak sangka Siti Nurhaliza datang bantu

Bagaimanapun, tanpa disangka secara tiba-tiba wakil SimplySiti datang memberi bantuan kewangan serta kos pembedahan dan sememangnya sewaktu itu lelaki terbabit menangis kerana dibantu sewaktu keluarga amat memerlukannya.

Difahamkan, kanak-kanak yang dibantu oleh penyanyi terbabit kini sudah tiada kerana selepas tiga bulan, anak kecil itu pergi meninggalkan mereka sekeluarga.

Dalam pada masa yang sama, lelaki itu berkata dia sekeluarga berhutang nyawa serta budi dengan TokTi dan hingga ke akhir hayatnya dia akan mengenang kebaikan penyanyi itu.

@sitism_era♬ Menjaga Cintamu – Original Soundtrack From Anwar, The Untold Story – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Baca Lagi:
Lelaki swap Iphone 14 Pro Max dengan Proton Wira enjin 1,600cc, ramai netizen puji ia satu tindakan yang bijak
Selepas bercerai dengan Diana Danielle, begini kehidupan terkini Farid Kamil yang buat ramai nak tahu
Pemandu teksi ditemukan maut berlumuran darah, saksi dedah semasa kejadian