“kalau nak jadi MB susahlah sikit”, Sanusi sahkan Mukhriz jumpa 5 pemimpin tertinggi PAS

“kalau nak jadi MB susahlah sikit”, Sanusi sahkan Mukhriz jumpa 5 pemimpin tertinggi PAS

“kalau nak jadi MB susahlah sikit”, Sanusi sahkan Mukhriz jumpa 5 pemimpin tertinggi PAS. Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan berlaku pertemuan antara Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama kepemimpinan tertinggi PAS baru-baru ini.

Beliau berkata inti pati perbincangan antara dua pihak bagaimanapun belum didedahkan setakat ini memandangkan perbincangan itu hanya membabitkan lima kepemimpinan tertinggi parti bersama Mukhriz.

“Saya difahamkan Mukhriz ada berjumpa dengan beberapa pemimpin PAS. Tak pasti di mana pertemuan itu dilakukan tetapi ada jumpalah.
“Saya pun tidak pasti apa perbincangan itu kerana saya tiada dalam perjumpaan itu,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Tanah Bagi Daerah Kota Setar serta Pelancaran ‘Kedah Cashless’ di sini, kelmarin.

"kalau nak jadi MB susahlah sikit", Sanusi sahkan Mukhriz jumpa 5 pemimpin tertinggi PAS

Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berharap perbincangan awal yang diadakan itu membawa kepada hasil yang positif.

“Saya pun tak tanya apa yang mereka bincangkan. Mana tahu, bila ditanya, (mungkin) pemimpin PAS bagitau Mukhriz minta kerusi (di Kedah), ‘jammed’ saya,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar mengalu-alukan sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra itu berhasrat menyertai PAS atau PN.

“Siapa pun kalau nak sertai PAS kita terima. PAS adalah parti terbuka. Mukhriz pun boleh kalau beliau mahu masuk PAS. Cumanya, kalau nak jadi MB susahlah sikit,” katanya.

Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan berkata PEJUANG mengambil keputusan untuk berundur daripada Gerakan Tanah Air (GTA) bagi memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan parti itu sebelum memberi nilai tambah kepada mana-mana gabungan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan perwakilan dalam Perhimpunan Agung Pejuang kali kedua yang berlangsung bulan lalu, ekoran kekalahan teruk parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau turut tidak menolak kemungkinan PEJUANG akan menjalin kerjasama politik sama ada dengan PN atau Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Baca Lagi:
11 kubur dikorek, barang kemas mayat masyarakat Iban dicuri
Lelaki ini menang RM14 juta sehari sebelum terbang ke Malaysia, tak sangka ini yang terjadi pada dirinya
Pernah terfikir macam mana ikan sebelah hidup berbadan sebelah?
CATEGORIES