Geng Isteri sanggup drive 5 jam ke Terengganu skodeng geng suami pergi ‘bujang trip’

Geng Isteri sanggup drive 5 jam ke Terengganu skodeng geng suami pergi 'bujang trip'

Geng Isteri sanggup drive 5 jam ke Terengganu skodeng geng suami pergi ‘bujang trip’.

Baik isteri, mahupun suami, masing-masing memerlukan Me Time, waktu ini lah mereka diberi kebebasan untuk menikmati kehidupan seperti orang single dimana berjumpa dengan rakan, lepak atau pergi road trip.

Misalnya macam satu geng ni, sekumpulan suami ada pergi ke Terengganu untuk ‘bujang trip’ tetapi tanpa disedari para isteri rupanya skodeng dari belakang. Ianya dikongsikan menerusi satu video di TikTok dan meraih perhatian netizen.

5 jam drive. Sampai ke Terengganu kita skodeng laki kita

Geng Isteri sanggup drive 5 jam ke Terengganu skodeng geng suami pergi 'bujang trip'

Menurut @haneyzrodzy, dia bersama geng isteri lain memandu sehingga 5 jam untuk sampai ke Terengganu demi nak mengintai suami mereka.

Dilihat mereka cuba mengintip suami-suami mereka di sebuah rumah tempat mereka menginap, tapi gelabah takut disedari.

@sweeto0508 5 jam drive. Sampai ke Terengganu kita skodeng laki kita 🤣 🤣🤣 #bini2kugangster🤣 #klang ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Video tersebut telah meraih 66K jumlah tontonan dan membuatkan ramai netizen terhibur dan mahukan sambungan video tersebut.

Disebabkan permintaan netizen yang ‘tumpang nervous‘ sama, wanita ini kongsikan satu lagi video intipan mereka dari dalam kereta. Dilihat para suami sedang berseronok bergambar di tepi pantai, dalam rakaman lain, dilihat para suami sedang ingin menuju ke kenderaan mereka.

@sweeto0508 Replying to @Liyana Skodeng husband part 2. Time ni kteorang dah munculkan diri tapi duduk jauh2 je buat2 tak nampak 🤪 #bini2kugengster ♬ original sound – haneyzrodzy

Dalam video seterusnya, modus operandi mereka akhirnya terbongkar apabila pada waktu malam mereka cuba lalu di halaman suami tetapi suami memberikan isyarat lampu kepada para isteri ini.

Tapi kalau diperhatikan video kat atas, suami dia nampak macam dah perasan isteri masing-masing kan? Ya lah, isteri sendiri kot.

@sweeto0508 Replying to @Bunga iRis🌼 kita cukcak malam bbq dyeorng bagi pishangggg #pishangg🍌🍌🍌 #bini2kugangster ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Bagaimanapun, wanita ini menjelaskan bahawa selepas mereka berjumpa, para isteri ini tidak mengganggu suami mereka lagi.

Baca Lagi:

Bob Lokman meninggal dunia

Dua murid hampir diculik oleh lelaki di hadapan sekolah

Ahli perniagaan Malaysia dari Pulau Pinang ditahan di Venezuela

Leave a Reply

Your email address will not be published.