Ahli perniagaan Malaysia dari Pulau Pinang ditahan di Venezuela

Ahli perniagaan Malaysia dari Pulau Pinang ditahan di Venezuela

Ahli perniagaan Malaysia dari Pulau Pinang ditahan di Venezuela.

Ahli perniagaan warga Malaysia, Leonard Glenn Francis atau dikenali sebagai ‘Fat Leonard’ yang melarikan diri daripada tahanan rumah di San Diego, awal bulan ini, ditahan di Venezuela pagi kelmarin.

Menurut Perkhidmatan Marsyal Amerika Syarikat (AS), lelaki yang mendalangi skandal sogokan dan rasuah terbesar dalam sejarah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) itu ditahan ketika cuba menaiki pesawat di lapangan terbang antarabangsa Caracas.

Pegawai kanan Polis Antarabangsa (INTERPOL) di Venezuela memaklumkan, Francis yang berasal dari Pulau Pinang sedang dalam perjalanan menuju ke Russia selepas melalui Mexico dan Cuba, sebelum ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simón Bolívar di ibu negara Venezuela.

Ahli perniagaan Malaysia dari Pulau Pinang ditahan di Venezuela

Setakat ini, Francis akan terus ditahan di Venezuela sementara menunggu pihak berkuasa AS melakukan proses ekstradisi, menurut portal NBC News.

Timbalan Penyelia Marsyal AS, Omar Castillo, berkata penahanan itu dibuat selepas Interpol mengeluarkan notis merah, iaitu permohonan oleh pihak berkuasa untuk mengesan dan menahan seseorang.

Francis melarikan diri daripada tahanan rumah pada 4 September lalu selepas memotong gelang peranti pemantauannya, sebelum menjadi sasaran buruan pihak berkuasa antarabangsa sejak itu.

Sebelum ini, Perkhidmatan Siasatan Jenayah Tentera Laut AS menawarkan hadiah AS$40,000 (RM183,000) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapannya.

Peguam Francis, Devin Burstein enggan memberi sebarang komen. Jurucakap Pejabat Peguam Negara AS tidak memberi maklum balas segera ketika diminta mengulas tangkapan itu.

Menurut Castillo, Francis kini ditahan pihak berkuasa di Venezuela dan Jabatan Keadilan AS akan mengetuai usaha mengekstradisi lelaki itu.

AS dan Venezuela memiliki perjanjian ekstradisi yang terhad, namun tidak pasti sama ada ketegangan antara kedua-dua negara bakal menyulitkan proses berkenaan.

Berita penahanan Francis dilaporkan sehari sebelum tarikh untuk Francis dijatuhkan hukuman atas kesalahan rasuah dan konspirasi di mahkamah persekutuan San Diego.

Selama lebih 10 tahun, Francis mendalangi pelbagai skim rasuah, di mana pegawai Tentera Laut AS diberi hadiah, wang tunai dan seks, apabila mereka membantu perniagaan perkhidmatan perkapalan Francis, yang mengawal pelabuhan di seluruh Asia Tenggara.

Skim itu merompak sekurang-kurangnya AS$35 juta (RM160 juta) wang pembayar cukai dan membawa kepada sabitan hampir 36 pegawai tentera laut AS.

Francis membuat perjanjian rayuan dengan bersetuju menyerahkan AS$35 juta itu kepada kerajaan AS. Dia membayar AS$5 juta beberapa tahun lalu, sebelum melarikan diri dan masih berhutang AS$30 juta kepada kerajaan.

Sebelum ini, Francis ditahan di sebuah hotel di San Diego dalam satu serbuan pihak berkuasa persekutuan pada 2013. Selepas membuat pengakuan bersalah dan berdepan beberapa masalah kesihatan termasuk kanser buah pinggang, Francis dibebaskan atas faktor kesihatan dan dikenakan tahanan rumah sejak 201

Baca Lagi:

Mee segera ada perisa “babi” tapi ada logo Halal

Pernah kahwin 5 kali, 3 janda dan 2 anak dara, akhirnya lelaki 52 tahun ini kahwin dengan gadis 17 tahun

10 tahun menanti tanpa zuriat, wanita minta netizen edit “baby comey” baring sebelah, tak sangka ini komen netizen..

CATEGORIES