Honda Civic FE atas transporter musnah terbakar di lebuh raya (PLUS)

Honda Civic FE atas transporter musnah terbakar di lebuh raya (PLUS)

Honda Civic FE atas transporter musnah terbakar di lebuh raya (PLUS).

Lima kereta baharu jenis Honda terbakar hampir seratus peratus selepas treler yang membawa kereta berkenaan, mengalami kebakaran di Kilometer 227.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung insiden berkenaan pada 5.24 petang.

Honda Civic FE atas transporter musnah terbakar di lebuh raya (PLUS)

“Kejadian berlaku apabila treler dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun yang membawa enam kereta dari kilang Honda menghala ke Pulau Pinang, mengalami masalah teknikal di bahagian brek sehingga menyebabkan kebakaran di bahagian belakang treler itu.

“Ia kemudiannya merebak pada lima kereta terbabit, sebuah lagi kereta pula terbakar 10 peratus. Insiden itu mengakibatkan kesesakan sepanjang tiga kilometer dan semua lorong ditutup sepenuhnya bagi operasi pemadaman api kira-kira satu jam lebih,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu dan punca sebenar serta jumlah kerugian masih disiasat.

Baca Lagi:

Pengakuan bomoh Rusia amat mengejutkan! Tak mampu sihir orang Islam yang jaga solat

Senarai 31 jam tangan mewah Rosmah Mansor

Najib Razak dikejar ke hospital kerajaan kata Pegawai

Leave a Reply

Your email address will not be published.