[VIDEO] 5 pemancing bertaut 15 jam atas batu pulau, nasib baik APMM bantu

[VIDEO] 5 pemancing bertaut 15 jam atas batu pulau, nasib baik APMM bantu

[VIDEO] 5 pemancing bertaut 15 jam atas batu pulau, nasib baik APMM bantu.

Lima pemancing tempatan bertarung nyawa dengan berpaut di tebing batu Pulau Batu Berantai selepas terkandas akibat cuaca buruk kira-kira 1.4 batu nautika barat laut Pantai Remis, Jeram di sini.

Kesemua mangsa itu dikenali sebagai Mohd. Yazid Basir, 37; Zamri Romli, 39; Mohd. Razwan Hussin, 48; Hamidi Rohani, 70, dan Tohid Sangon , 65, dikatakan menggunakan tebing itu sebagai “penyelamat’ antara tiga hingga 15 jam daripada hanyut dalam laut.

Mereka yang berasal dari Tanjong Karang dan Jeram bagaimanapun berjaya diselamatkan Maritim Malaysia (APMM) kira-kira pukul 10.20 pagi tadi.

Bercerita detik cemas itu, salah seorang mangsa iaitu Mohd. Razwan berkata, sebelum kejadian dia bersama dua mangsa lain dihantar ke pulau tersebut menggunakan bot kira-kira pukul 7.20 petang semalam dan sepatutnya pulang pagi tadi.

[VIDEO] 5 pemancing bertaut 15 jam atas batu pulau, nasib baik APMM bantu

“Namun, kira-kira 8.30 pagi tadi, bot itu tiba dengan menurunkan dua lagi pemancing kerana mempunyai urusan lain di Pulau Angsa. Bot itu bagaimanapun tidak muncul dan dipercayai terkandas akibat cuaca buruk,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, episod hitam itu bagaimanapun berakhir apabila melihat pesawat helikopter APMM berlegar di kawasan perairan tersebut.

“Kami kemudian segera melambai tangan meminta pertolongan kerana bimbang keadaan menjadi lebih serius. Selain telefon bimbit, peralatan seperti jaket keselamatan dan alat memancing sudah dihanyutkan ombak sekali gus menyebabkan kami gagal menghubungi sesiapa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Stesen Stesen Udara Maritim Subang (SUMS), Kepten Maritim Syed Islam Shahajam berkata, ketika kejadian pesawat AW139 dinaiki dua juruterbang dan tiga kru termasuk perenang penyelamat sedang menjalankan rutin latihan penerbangan.

“Keadaan laut ketika itu bergelora dan boleh merisikokan nyawa pemancing sekiranya mereka hanyut kerana tidak memakai jaket keselamatan.

“Semua mangsa bagaimanapun diselamatkan apabila perenang penyelamat berjaya membawa mereka naik ke dalam pesawat dengan menggunakan teknik ‘winching’,” katanya.

Baca Lagi:

Panas ! Aliff Syukri ‘sound’ Awie, akhirnya ini yang terjadi

Gadis Arab Saudi Rajwa Al-Saif bertunang dengan Putera Mahkota Jordan

Ini pemilik sebenar kapal layar ‘superyacht’ yang lalu sungai Perlis, lelaki berusia 73 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published.