Kereta klasik Saab 900 turbo 1987 dilelong harga RM646,000

Kereta klasik Saab 900 turbo 1987 dilelong harga RM646,000

Kereta klasik Saab 900 turbo 1987 dilelong harga RM646,000.

Sebuah kereta klasik jenis Saab 900 Turbo buatan tahun 1987 dilelong pada harga mencecah £120,000 (RM646,215), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kereta berwarna merah ceri itu masih berada dalam keadaan baik dan kelihatan seperti baru dikeluarkan dari kilang.

Kereta klasik Saab 900 turbo 1987 dilelong harga RM646,000

Ia hanya dipandu sejauh 395 kilometer dan mempunyai rekaan dalaman yang menarik.

Tempat duduk kenderaan itu menampilkan material kulit berwarna coklat muda selain papan pemuka, stereng dan tuil gear masih seperti dalam keadaan baharu.

Meskipun telah berusia 35 tahun, model Saab 900 itu mengetengahkan teknologi moden.

Antara cirinya termasuk sistem kawalan memandu di lebuh raya, tingkap elektrik, pendingin hawa dan tempat duduk dengan fungsi haba ketika cuaca sejuk.

Selain itu, enjin petrol 2.0 liter pengecas turbonya menghasilkan 160 kuasa kuda yang dihantar ke tayar hadapan melalui kotak gear manual dengan lima kelajuan.

“Beberapa kerja pembaikan dilakukan pada 2022 termasuk menanggalkan dan membersihkan tangki bahan api, menukar cecair penyejuk dan klac hidraulik, menukar minyak hitam dan menggantikan pam bahan api, termostat, gasket kepala silinder serta bolt,” demikian menurut iklan pada lelongan tersebut.

Kereta Saab 900 Turbo itu dilelong menerusi sebuah laman lelongan online, Bring A Trailer.

Kereta klasik Saab 900 turbo 1987 dilelong harga RM646,000

Kereta klasik Saab 900 turbo 1987 dilelong harga RM646,000

Baca Lagi:

Penyerang Salman Rushdie kecewa penulis kontroversi tu masih hidup

Penyanyi Malaysia maut terjatuh bangunan stesen MRT

Tindakan ‘berani mati’ Meerqeen berbalas ciuman dengan selebriti Indonesia undang kecaman netizen

CATEGORIES