Hiasan lego dalam ‘Mall’ hancur, golongan B40 pula dipersalahkan

Hiasan lego dalam ‘Mall’ hancur, golongan B40 pula dipersalahkan

Hiasan lego dalam ‘Mall’ hancur, golongan B40 pula dipersalahkan.

Baru-baru ini, susunan blok lego gergasi perkataan ‘Sunway Carnival’ yang merupakan hiasan di dalam pusat membeli-belah di Pulau Pinang tidak berkekalan kerana ada ‘tangan-tangan’ yang tidak bertanggungjawab menyentuhnya.

Melalui perkongsiaan seorang pengguna di Facebook itu, kelihatan orang dewasa serta anak-anak berasa teruja ‘mengusik’ lego berkenaan hingga hilang rupa asalnya.

Buruk perangai. Mak bapak anak semua perangai sama. Dah terang-terang tulis jangan duk ubah blok lego tu.

Hiasan lego dalam ‘Mall’ hancur, golongan B40 pula dipersalahkan

Dalam pada masa yang sama, pengguna yang memuat naik foto itu turut berasa kasihan kepada kakitangan pusat membeli-belah terbabit kerana perlu menyusun semula lego berkenaan.

Tambahannya lagi, mustahil pengunjung tidak peka dengan amaran yang sudah diletak di kawasan tersebut agar yang datang melihatnya tidak menyentuh lego-lego terbabit.

Hiasan lego dalam ‘Mall’ hancur, golongan B40 pula dipersalahkan

Posting berkenaan telah meraih banyak perhatian daripada warganet yang tidak bersetuju dengan cara pengunjung-pengunjung menyentuh lego terbabit, malah mereka turut merasakan mereka semua merupakan golongan B40.

Hiasan lego dalam ‘Mall’ hancur, golongan B40 pula dipersalahkan

Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak bersetuju apabila ramai yang menuduh golongan B40 merosakkan hiasan lego terbabit.

Malah, ramai juga yang mempersoalkan poster larangan yang tertulis di dalam bahasa Inggeris kerana mereka berpendapat ia sepatutnya ditulis dalam bahasa Kebangsaan.

Baca Lagi:

Wanita bunuh suami selepas dipaksa tidur dengan 100 lelaki

[Video] Petinju Thailand meninggal dunia mengalami pendarahan otak selepas terima pukulan ‘knockout’ petinju dari Malaysia. Pergh! Teruk kena tu..

Lelaki hentak kepala anak kekasih dipenjara seumur hidup,15 sebatan

CATEGORIES