Lelaki mabuk rempuh 7 kenderaan, sempat larikan sebuah kereta Axia

Lelaki mabuk rempuh 7 kenderaan, sempat larikan sebuah kereta Axia

Lelaki mabuk rempuh 7 kenderaan, sempat larikan sebuah kereta Axia.

Insiden seolah-olah dalam permainan Grand Theft Auto (GTA) berakhir selepas lelaki berusia 38 tahun yang memandu secara berbahaya dengan merempuh beberapa buah kenderaan ditahan polis di Saleng, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, suspek bertindak merempuh tujuh buah kenderaan, sebelum mencuri salah sebuah kenderaan yang dirempuhnya.

Lelaki berkenaan berada dalam pengaruh alkohol ketika melakukan perkara tersebut.

Lelaki mabuk rempuh 7 kenderaan, sempat larikan sebuah kereta Axia

Antara kenderaan yang rosak selepas dirempuh seorang lelaki mabuk di Kulai, malam tadi. (Gambar Facebook IPD Kulai)

“Pada pukul 7.30 malam semalam, anggota polis yang melakukan rondaan menerima maklumat terdapat sebuah kenderaan jenis pikap, iaitu Toyota Hilux dipandu secara berbahaya di kawasan Johor Premium Outlet (JPO).

“Pemandu kenderaan tersebut bertindak merempuh lima buah kenderaan di Jalan Persiaran Indahpura, sebelum merempuh dua buah kenderaan lain di Lebuhraya LinKedua,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suspek kemudiannya bertindak memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum melarikan sebuah Perodua Axia, iaitu salah sebuah kenderaan yang dirempuhnya dan menuju ke sebuah stesen minyak di Saleng.

“Suspek kemudian berjaya ditahan anggota peronda dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Kulai untuk tindakan lanjut.

“Ujian air kencing yang dibuat mendapati suspek negatif pengambilan dadah namun ujian pernafasan mendapat suspek berada dalam keadaan mabuk,” katanya sambil memberitahu tiada pemandu dan penumpang tujuh kenderaan yang dirempuh mengalami kecederaan.

Suspek kini dikenakan tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca Lagi:

Dah check di Google Maps, rupanya memang betul terowong LRT laluan Kelana jaya dibina bawah kubur!

PANAS !!! Kerani dakwa pegawai polis cium, raba payudara selepas dibawa pulang rumah

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

CATEGORIES