Waris terkejut semua papan tanda di kubur dicabut, rupanya ini yang mereka nak sebenarnya..

Waris terkejut semua papan tanda di kubur dicabut, rupanya ini yang mereka nak sebenarnya..

Waris terkejut semua papan tanda di kubur dicabut, rupanya ini yang mereka nak sebenarnya…

Di Twitter, viral perkongsian seorang waris yang terkejut apabila melihat papan tanda di kubur arwah bapanya dicabut.

Katanya, penjaga kubur di kawasan itu memaklumkan bahawa ada arahan daripada majlis supaya mencabut papan tanda untuk penyeragaman.

Jelasnya lagi, tidak semua orang berkemampuan untuk menempah set kepungan kubur yang mahal. Jadi sangat menghampakan apabila papan tanda yang berharga RM100 sekeping dibuang begitu sahaja.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di kawasan Perkuburan Taman Ukay Perdana dan dia selaku waris memohon penjelasan daripada majlis perbandaran yang bertanggungjawab.

Terbaru, individu ini menyertakan notis peringatan berkenaan binaan atau papan tanda di kawasan perkuburan itu.

Difahamkan, tiada sebarang binaan atau papan tanda dibenarkan kecuali batu nisan dan kepungan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan MPAJ.

Malah, hanya kontraktor yang berdaftar dengan MPAJ sahaja dibenarkan bina kepungan dan set nisan.

Perkara ini sudah tentu menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai. Netizen mula mempersoalkan mengapa arahan itu dikeluarkan.

Baca Lagi:

[VIDEO] Siti Nurhaliza kongsi detik cemas hampir terlanggar pelayan bawa dulang sebelum persembahan

Dasyat netizen Malaysia, ibu anak tiga ditemui mati selepas diserang komen kebencian di TikTok

‘Patut la nasi kandar aku dah siap gaul masa delivery tadi’ Rider Grabfood ambil ‘corner baring’ sebijik macam skill pelumba motoGP

CATEGORIES