‘TikToker’ popular ditemui mati lepas dihambur komen kebencian di TikTok

‘TikToker’ popular ditemui mati lepas dihambur komen kebencian di TikTok

‘TikToker’ popular ditemui mati lepas dihambur komen kebencian di TikTok.

Seorang pemilik akaun TikTok popular ditemui mati di rumahnya di Subang Jaya, Selangor pagi semalam, selepas menerima komen kebencian bertubi-tubi di akaunnya yang diikuti ramai.

Ibu kepada tiga anak, Shashikala Nadarajah, 44, dilaporkan “dibuli secara siber” berhubung penampilan dan koleksi beg tangannya, di akaun media sosial, lapor Sinar Daily.

'TikToker' popular ditemui mati lepas dihambur komen kebencian di TikTok

Polis berkata punca kematian sedang menunggu bedah siasat, yang dijadualkan berlangsung di Hospital Universiti hari ini.

Menurut seorang lagi pemilik akaun TikTok yang popular Rose Veronica, anak-anak Shashikala memberitahunya ibu mereka tidak boleh bertolak ansur dengan komen negatif di TikToknya, lapor Sinar Daily.

Shashikala mempunyai lebih 30,000 pengikut di TikTok dan dia sering berkongsi pandangannya tentang pelbagai topik seperti persekolahan di rumah, gangguan seksual dan cara mengekalkan penjagaan beg tangan mewah.

Videonya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Tamil.

Video terakhirnya tiga hari lalu, mengenai dia memulakan persekolahan di rumah untuk tiga anak perempuannya menggunakan sukatan pelajaran Sijil Am Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGCSE).

@sashikala1978 Replying to @lolithajee ♬ original sound – Sashikala

Ucapan takziah memenuhi ruangan komen pada video Shashikala, dengan ramai yang menasihati mereka yang tidak dapat menangani komen negatif supaya menjauhi media sosial.

“Hatiku remuk dengan berita itu. Kami fikir anda seorang yang sangat kuat dan berani.

“Damailah engkau di sana. Saya kehilangan kata-kata. Sangat sedih,” kata seorang pengguna.

Baca Lagi:

Ibu tunggal menyamar jadi lelaki selama 36 tahun elak dari gangguan seksual

Ramai sangka bunting, rupanya ini sebab anjing jalanan ini dilihat makin gebu dan berisi

‘Senang buat duit’ kereta pengunjung MAHA kena tunda

CATEGORIES