Sentiasa kelaparan, warga emas sanggup curi sabun untuk masuk penjara

Sentiasa kelaparan, warga emas sanggup curi sabun untuk masuk penjara

Sentiasa kelaparan, warga emas sanggup curi sabun untuk masuk penjara.

Disebabkan kesempitan hidup, seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun nekad mencuri barang di sebuah farmasi hanya kerana ingin dipenjarakan.

Curi sabun di farmasi

Sentiasa kelaparan, warga emas sanggup curi sabun untuk masuk penjara

Menerusi laporan Mothership, kejadian berkenaan berlaku di daerah Sattahip, wilayah Chonburi pada 29 Julai lalu di mana insiden berkenaan berjaya dirakam dan lelaki terbabit turut mengakui bersalah kepada pihak polis.

Namun, apa yang menjadi tanda tanya warganet adalah mengapa kedai berkenaan menjadi sasaran oleh lelaki terbabit. Hal ini kerana farmasi itu telah memasang papan tanda yang mengatakan perompak bakal dikenakan denda 30 kali ganda daripada kos barang yang dicuri serta akan dirujuk kepada polis.

Hasil siasatan pihak polis mendapati barang yang dicuri oleh suspek hanyalah tiga buku sabun yang bernilai 17 baht (RM2.00) setiap satu. Walau bagaimanapun, orang awam yang berada di tempat kejadian menawarkan diri untuk membayar kos kecurian yang dilakukan oleh lelaki itu, namun dia enggan menerima pertolongan berkenaan.

Mengaku hidup susah

Sentiasa kelaparan, warga emas sanggup curi sabun untuk masuk penjara

Dalam pada itu, lelaki terbabit mendedahkan bahawa hidupnya terlalu sukar dan sentiasa kelaparan kerana dia tidak memiliki pekerjaan. Lebih menyedihkan lagi apabila dia lebih sanggup untuk masuk ke penjara dan hanya dengan cara itu sahaja dapat meneruskan kehidupannya.

Ujarnya lagi, sekurang-kurangnya dia dapat makan tiga kali sehari di penjara serta tempat tinggal turut disediakan.

Kalau duduk dalam penjara, sekurang-kurangnya makanan disediakan sebanyak tiga kali sehari. Tempat tinggal pun dah ada.

Kalau sunyi, ada banduan lain yang boleh teman. Andai saya kekal berada di jalanan, mungkin saya akan mati kelaparan.

Video penuh

Baca Lagi:

Lucu! Setelah ditahan polis, lelaki dakwa cuma nak curi tali kambing, tak tahu kambing ikut sekali

Wanita dituduh curi milo dibebaskan, ada individu murah hati bayarkan ikat jamin

[VIDEO] Pencuri pulangkan jam tangan yang dicuri setelah didapati ianya palsu

CATEGORIES