Driver teksi menangis setelah kantoi raba paha penumpang wanita, rakaman video sebagai bukti

Driver teksi menangis setelah kantoi raba paha penumpang wanita, rakaman video sebagai bukti

Driver teksi menangis setelah kantoi raba paha penumpang wanita, rakaman video sebagai bukti.

Sukar sebenarnya bergelar sebagai seorang perempuan, kadang-kadang rasa cukup terancam apabila hendak keluar di khalayak ramai. Mana taknya, banyak sekali kejadian jenayah yang berlaku di luar sana melibatkan penganiayaan kepada golongan tersebut. Begitulah juga insiden yang turut berlaku kepada seorang gadis cantik dari Indonesia ini.

Bertindak bijak sempat rakam waktu paha diraba pemandu teksi

Walau bagaimanapun, Febriany Tuela bertindak bijak apabila sempat merakam secara live ketika bahagian pahanya cuba disentuh dan beberapa kali diraba oleh seorang driver teksi. Dalam video tersebut, pada awalnya menampakkan wajah gadis berkenaan yang tersenyum sebelum ia dipusing ke belakang untuk mengambil bukti.

Driver teksi menangis setelah kantoi raba paha penumpang wanita, rakaman video sebagai bukti

Dah tepis pun tangan pula yang dipegang…Tak mau, jangan seperti itu

Meskipun cuba mengelak dan mengalihkan pahanya beberapa kali, namun pemandu berkenaan masih lagi cuba untuk teruskan. Febriany yang mula naik geram akhirnya menepis namun tangannya pula dipegang oleh individu tersebut. Segala perlakuan tersebut dipaparkan secara langsung menerusi Instagram gadis berkenaan.

https://www.instagram.com/tv/CggSW0epKHR/?igshid=MDJmNzVkMjY=

Terkejut bila ditunjukkan video bukti sebelum menangis kesal

Ketika ditahan pihak berkuasa sambil ditunjukkan video yang telah tular tersebut, pemandu berkenaan nyata terkejut. Bukan itu sahaja, dia juga dilihat menangis serta menunjukkan kekesalannya atas perbuatan terkutuk tersebut.

Baca Lagi:

Nak menggatal tak kira tempat, wanita rakam aksi lelaki cuba raba paha dalam train

Pemandu e-hailing ditahan polis raba penumpang wanita

Penghantar makanan raba payudara di “trafik light” didenda RM4,000

CATEGORIES