Perompak samun barang kemas RM445.6 juta sepantas 27 minit

Perompak samun barang kemas RM445.6 juta sepantas 27 minit

Perompak samun barang kemas RM445.6 juta sepantas 27 minit.

Bagai siri Netflix Money Heist, sekumpulan perompak berjaya rompak sebuah van dan membawa lari barang kemas bernilai RM445.6 juta hanya sepantas 27 minit, lapor Metro UK.

Menurut Metro UK, kejadian rompakan pantas yang berlaku di California, US itu dianggap sebagai misi rompakan barang kemas terbesar dan paling rapi dalam sejarah.

Difahamkan, pada awalnya pihak polis mengesyaki perompak terbabit mengekori van berkenaan dari pameran barang kemas di utara California menuju ke perhentian trak di Los Angeles sebelum merompak kenderaan itu pada awal pagi.

Menerusi gambaran peta pihak polis, ia menunjukkan pergerakan yang dilakukan oleh mereka yang merempuh van berperisai itu di perhentian trak Flying J, Interstate 5 berrhampiran Grapvine sebelum melarikan diri sekitar jam 2 pagi.

Presiden Pameran Permata dan Barang Kemas Antarabangsa, Arnold Duke berkata, van yang berisi bekas simpanan seberat 31 hingga 45 kilogram itu mempunyai permata dan barangan kemas.

Dianggarkan sebanyak 30 beg barang kemas telah dibawa lari menyebabkan sebahagian tukang emas kecewa kerana sumber pencarian mereka dirompak.

Perompak samun barang kemas RM445.6 juta sepantas 27 minit

“Kami menganggarkan lebih daripada RM445.6 juta kerugian yang dilaporkan.

“Ia salah satu rompakan barang kemas terbesar pernah berlaku kerana termasuk emas, berlian, delima, zamrud dan banyak jam tangan mewah (Rolex).

“Terdapat 15 bekas pameran, setiap satu bernilai RM22.2 hingga RM44.5 juta dalam barangan kemas.

“Ia telah menjejaskan perniagaan kecil mereka kerana seluruh ‘kekayaan’ terletak pada kenderaan itu,” kata Duke memetik Metro UK.

Menurut sumber penguatkuasa undang-undang, perompak itu berjaya melepasi sistem pengunci van berkenaan.

Tambahan pula, dua pengawal bersenjata turut meninggalkan van berkenaan di lokasi tersebut.

Unit Jenayah Utama Los Angelas Country, Sarjan Michael Mileski bagaimanapun enggan mengulas mengenai sistem pengunci van berkenaan, namun beliau mengakui bahawa ia tidak terlalu sukar dipecahkan.

Sehingga kini, ejen FBI dan penyiasat jenayah sedang giat mencari petunjuk mengenai kes rompakan itu.

Terdahulu, rompakan Hatton Garden di London dan Antwerp, Belgium mengambil masa berbulan-bulan untuk dirancang berbanding kejadian ini.

Baca Lagi:

Perompak naik Ysuku tak jadi pecah masuk rumah setelah kantoi wajah dirakam CCTV

Macam drama ‘Money Heist’, perompak bersenjata bawa lari 20 kontena penuh dengan emas & perak

Lelaki pukul dua perompak sampai mati, didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh

CATEGORIES