Diambil urin secara rambang, 11 anggota polis ditahan positif dadah

Diambil urin secara rambang, 11 anggota polis ditahan positif dadah

Diambil urin secara rambang, 11 anggota polis ditahan positif dadah.

Satu pemeriksaan rambang dibuat di dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Perak mendapati seramai 11 anggota polis positif dadah selepas gagal dalam ujian awal saringan air kencing.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika ditemui Harian Metro, sembilan daripadanya positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala dua lagi positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC).

Seramai 31 anggota dari ibu pejabat polis daerah (IPD) pertama diambil urin secara rambang dan sembilan orang daripadanya didapati positif dadah.

Seramai 25 orang lagi anggota dari IPD kedua diambil urin secara rambang dan dua orang daripadanya didapati positif dadah.

Diambil urin secara rambang, 11 anggota polis ditahan positif dadah

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid

Tambah Mior Faridalathrash lagi, mereka yang berusia antara 35 hingga 51 tahun terdiri daripada lans koperal hingga koperal.

Kesemua tangkapan sudah disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Hanya seorang daripada anggota yang ditangkap pernah ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Walaubagaimanapun, kesemua anggota polis itu tidak akan dituduh kerana itu merupakan keputusan awal ujian saringan awal terhadap anggota berkenaan dan

Selepas kita hantar urin ini untuk ujian patalogi dan jika mereka disahkan masih lagi positif dengan dadah tertentu, kita bercadang untuk tuduh (mereka) di mahkamah.

Anggota polis pun positif dadah, macam mana nak berkhidmat dengan telus untuk negara?

Baca Lagi:

Guna telefon bimbit ketika memandu, anggota polis disaman

Anggota polis ditikam ketika tahan suspek pecah rumah

Anggota polis didakwa ambil duit dalam beg duit ditinggalkan remaja di balai

CATEGORIES