Suami isteri maut, motosikal kuasa tinggi rempuh MPV keluar simpang

Suami isteri maut, motosikal kuasa tinggi rempuh MPV keluar simpang

Suami isteri maut, motosikal kuasa tinggi rempuh MPV keluar simpang.

Pasangan suami isteri maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi mereka merempuh kereta di Kilometer 69, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat sini, petang tadi.

Dalam kemalangan 4.18 petang itu, Mohd Abdika Razali, 36, yang menunggang motosikal Aprillia RSV4 bersama isterinya, Rabiatuladawiah Saufi, 36, maut di tempat kejadian.

Sebelum kejadian, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pengkalan Binjai Kemaman selepas menghadiri perhimpunan motosikal berkuasa tinggi di Kuala Terengganu.

ZUBIR sendphoto 1656159953 1656162458 e1656164551366

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova yang dipandu individu warga China dipercayai keluar persimpangan jalan secara tiba-tiba.

Dalam masa sama, mangsa dari arah Kuala Terengganu ke Dungun dikatakan gagal membrek sebelum merempuh pintu kanan kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Menurutnya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang dipanggil ke tempat kejadian.

“Mayat pasangan suami isteri itu dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

“Pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan dan sudah membuat laporan di Balai Polis Dungun,” katanya dan memaklumkan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca lagi: 

‘Kambing’ Ukraine aktifkan jerangkap samar, puluhan askar Russia cedera

Rakyat Malaysia dinasihatkan berhati-hati makan di Thailand, takut dicampur ganja

Gadis trauma, roti canai dikunyah tidak lumat rupanya ‘tali mop’ lantai

CATEGORIES