“Welcome to kluster mahkamah soon” ucap Najib kepada Muhyiddin

“Welcome to kluster mahkamah soon” ucap Najib kepada Muhyiddin

“Welcome to kluster mahkamah soon” ucap Najib kepada Muhyiddin.

Datuk Seri Najib Razak mengucapkan selamat datang ke ‘kluster mahkamah’ kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Najib secara sinis membalas sindiran Muhyiddin yang menyifatkan beliau bukan hakim mahkamah yang boleh mengesahkan kesalahan individu.

“Sensitif nya! Saya sudah tunjukkan dengan bukti. Bahawa dia berbohong dia sakit di luar negeri ketika bayaran didakwa buat padanya.

1612312

“Dia marah pulak. Terus kata dia tak mahu ulas lagi. Apapun… Welcome to kluster mahkamah soon,” katanya.

Terdahulu dalam satu program soal jawab, Muhyiddin membidas Najib agar memberi fokus terhadap kes pendakwaan mahkamah yang dihadapinya daripada sibuk menjaga tepi kain orang lain.

“Najib tak payah jadi hakim, lebih baik selesai masalah sendiri,” katanya.

Sebelum ini, nama Muhyiddin diberitahu kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam kes perbicaraan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang beliau turut menerima dana politik sebanyak RM1.3 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ketika menjadi Menteri Dalam Negeri pada era pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu dalam satu kenyataan menafikan telah menerima dana politik berkenaan dan mendakwa beliau ketika itu sedang menjalani rawatan kanser di luar negara.

Berikutan itu, Najib menerusi hantaran di Facebook telah menunjukkan beberapa bukti yang Muhyiddin berbohong sekali gus tidak menjalani rawatan di luar negara pada tarikh-tarikh beliau didakwa menerima dana politik daripada UKSB.

Baca lagi: 

PANAS!! Tajuddin digugur ahli MKT Umno

Tular foto Najib bersama perempuan didakwa isteri keduanya, Najib dan Rosmah buat laporan polis

‘Cash is king’, ‘king’ itu rakyat: “Najib cakap macam orang tidak siuman” – Tun M

 

CATEGORIES