Normah Damanhuri menangis Kak KM hadiah kereta bayar ‘cash’

Normah Damanhuri menangis Kak KM hadiah kereta bayar ‘cash’

Normah Damanhuri menangis Kak KM hadiah kereta bayar ‘cash’.

Pelakon veteran Normah Damanhuri menangis gembira apabila anaknya, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menghadiahkannya sebuah kereta yang dibayar secara tunai.

Melalui sebuah video yang dimuat naik di TikTok Kak KM berkata, pemberian tersebut adalah sebagai tanda sayangnya kepada ibunya itu.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan kenderaan jenis apakah yang diberikan kepada pelakon berkenaan.

“Ini ikhlas untuk mak, saya dekat mak. Janganlah menangis,” kata Kak KM.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna memuji sifat pemurah Kak KM yang dikatakan tidak kedekut dengan ibunya.

“Walaupun dia macam itu, satu je saya hormat dengan Kak KM dia sangat berbakti dengan emaknya. Sebab itu rezeki dia murah, soal lain itu antara dia dengan tuhan,” kata Ammar.

“Semoga murah rezeki Kak KM untungnya ada anak macam ini. Nanti dah besar teringin nak buat macam ini juga, tapi saya dah tiada emak,” kata Tasya.

“Bagus cara Kak KM layan keluargnya, semoga sentiasa murah rezeki,” kata Dayang.

“Seronoknya kalau saya pun mampu bagi dekat ibu saya macam-macam, tumpang bahagia tengok Kak KM sentiasa layan maknya,” kata Wana.

Sehingga kini, video berkenaan telah mendapat lebih 11,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

Baca Lagi:

Memandu pakai selipar atau berkaki ayam akan disaman? Ini penjelasan JPJ ramai yang belum tahu

Logikkah menara Firaun dibina setinggi 15km? Ini 7 hujah dikongsi Saintis Muslim

Elaun Pengerusi Felda naik RM480,000 selepas kerajaan umum subsidi minyak dimansuhkan

CATEGORIES