Tular Video wanita nekad serang perempuan simpanan suami di jalan raya

Tular Video wanita nekad serang perempuan simpanan suami di jalan raya

Tular Video wanita nekad serang perempuan simpanan suami di jalan raya.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seorang wanita nekad menyerang wanita simpanan suaminya di hadapan orang ramai, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuatnaik dalam akaun Instagram @kabarnegri. Kejadian itu dikatakan berlaku di Pusat Dagangan Sukaramai, Pekanbaru dalam wilayah Riau.

Rakaman itu menunjukkan seorang wanita berbaju biru dan memakai topi keledar menarik seorang wanita dari dalam sebuah kereta.

Sebilangan pengguna jalan raya dilihat cuba meleraikan pergaduhan tersebut apabila wanita berbaju merah itu cuba meminta pertolongan.

“Encik tolong, Aduh tolong,’’ jeritnya.

Ketika wanita yang didakwa perempuan simpanan suaminya itu turun dari kereta, dia terus menyerangnya sehingga kedua-kedua mereka terjatuh di atas jalan.

Wanita itu terus menarik rambut perempuan simpanan suaminya sebelum pergaduhan akhirnya berjaya dileraikan oleh orang ramai.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sebaiknya masalah peribadi jangan libatkan orang ramai,’’ komen seorang netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kabar Negri (@kabarnegri)

Baca Lagi:

Duit entah datang dari mana masuk ke akaun CIMB, individu terpaksa bayar semula RM28 ribu

Senarai Top 5 gaji CEO paling banyak dalam Malaysia, last sekali hari-hari boleh beli HONDA cash

Viral kereta mangsa MH370 tersadai di airport, tapi netizen jumpa kereta yang sama untuk dijual

CATEGORIES