‘We debate in English’, masa dan tempat, Najib sila kemukakan. Macam mana? – Steven Sim tawar diri ganti Kit Siang

‘We debate in English’, masa dan tempat, Najib sila kemukakan. Macam mana? – Steven Sim tawar diri ganti Kit Siang

‘We debate in English’, masa dan tempat, Najib sila kemukakan. Macam mana? – Steven Sim tawar diri ganti Kit Siang

Setiausaha organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim Chee Keong menawarkan diri untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menggantikan Lim Kit Siang yang telah bersara daripada arena politik.

Tawaran itu dibuat Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkenaan, susulan cabaran Najib untuk berdebat dengan Kit Siang yang juga veteran DAP.

Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau sedia berdebat dengan Ahli Parlimen Pekan berkenaan dalam bahasa Inggeris seperti mana dikehendakinya.

 ‘We debate in English’, masa dan tempat, Najib sila kemukakan. Macam mana? - Steven Sim tawar diri ganti Kit Siang

“Najib nak debat, saya on. Nampaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) berjaya menginsafkan Najib pasal budaya berdebat.

“Saya masih ingat, dulu masa dia jadi PM, Najib kata debat bukan budaya kita. Sekarang lepas berdebat dengan Anwar, dia nak ajak saudara Kit Siang berdebat pula.

“Saya rasa tak perlulah saudara Kit Siang sambut benda ni. Dia kan dah bersara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Najib dalam satu hantarannya di Facebook menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan penasihat DAP.

Najib berkata, dia bersedia untuk berdepan dengan Lim pada bila-bila masa meskipun jadualnya kini padat dengan kes-kes di mahkamah dan sedia berdebat dalam bahasa Inggeris.

Menurut Najib, walaupun Kit Siang sudah mengumumkan persaraan dari arena politik Kit Siang, namun masih meratib namanya setiap hari dengan pelbagai tuduhan dan disebabkan itu beliau bersedia berdebat dengannya.

Dalam pada itu, Steven berkata jika Najib ikhlas untuk berdebat beliau akan sambut cabaran itu dan tidak menghantar orang lain bagi mewakilinya.

“Kalau Najib benar-benar ikhlas nak debat, ayuh, saya sambut. Dia ajak saudara Kit Siang debat dalam bahasa Inggeris, ok saya on!

“Datuk Seri (Najib) dan saya, ‘we debate in English’. Masa dan tempat, Datuk Seri sila kemukakan. Macam mana? Jangan pula nak hantar orang lain,” katanya.

Menurut Steven, sebelum ini beliau pernah mencabar Najib untuk berbalas pantun, namun ajakan itu tidak dilayan.

Baca Lagi:

Sri Lanka Jatuh Bankrap: Rumah kediaman PM dibakar, Menteri kena belasah dan dilondeh seluar

Duit entah datang dari mana masuk ke akaun CIMB, individu terpaksa bayar semula RM28 ribu

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

CATEGORIES