
Hujan ikan, penduduk serbu kutip ikan tengah jalan
Hujan ikan, penduduk serbu kutip ikan tengah jalan.
Orang ramai digemparkan dengan ‘hujan ikan’ menyebabkan mereka menyerbu di jalanan untuk mengambil makanan segar itu yang jatuh dari sebuah lori.
Kejadian yang berlaku di Bihar di Gaya, India pada Sabtu lalu itu selepas sebuah lori yang membawa muatan ikan terbalik.
Kebanyakan ikan yang dibawa jatuh di atas jalan raya.
‘Hujan ikan’ itu menyebabkan orang ramai mengutipnya menggunakan kain, bakul dan tangan mereka.
Seorang wanita dilihat mengutip ikan dan menyimpannya di dalam sari yang dipakainya.
Insiden tersebut dirakamkan menerusi satu video yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama ‘Hari Krishan’.
Baca Lagi:
Penumpang naik geram dengar wanita pukul dan maki anak terbuang air besar dalam bas
Kehilangan 12 tahun Anita Sarawak akhirnya terjawab