Homestay ‘scary’ di Kelantan, owner ‘psyco’ kantoi skodeng penyewa dalam tandas

Photo of author

By Joe

Homestay ‘scary’ di Kelantan, owner ‘psyco’ kantoi skodeng penyewa dalam tandas. Selain menginap di hotel untuk bercuti, menginap di homestay juga menjadi pilihan ramai kerana ia boleh memuatkan lebih ramai orang.

Malah, harganya juga lebih murah berbanding menginap di hotel. Kebiasaannya, homestay menjadi pilihan bagi keluarga yang besar, membolehkan mereka duduk dalam satu rumah dan lebih mudah untuk berkomunikasi.

Namun, lain pula yang terjadi dengan seorang individu ini apabila dia mendedahkan kerja ‘kotor’ pemilik homestay tempat dia menginap, yang menjadi tular di media sosial.

Homestay 'scary' di Kelantan, owner 'psyco' kantoi skodeng penyewa dalam tandas

Jumpa telefon di tingkap bilik air

Menerusi video daripada akaun @nfwhda.__, dia berkongsi situasi ‘mengerikan’ ketika berada di sebuah homestay.

Difahamkan, ketika itu dia dan keluarganya sedang bercuti di Kelantan dan menginap di sebuah homestay di kawasan Kota Bharu. Pada awalnya, dia merasa teruja dengan homestay tersebut yang kelihatan cantik dan lengkap.

Dia dan keluarganya sampai pada waktu tengah malam di homestay itu dan memilih untuk mandi kerana merasa tidak selesa.

Namun, ketika dia sedang asyik mandi, tiba-tiba dia ternampak sebuah telefon bimbit yang dicelah tingkap bilik air, menghala tepat kepadanya. Menyedari kejadian itu, wanita tersebut terus menjerit dan memanggil ahli keluarganya.

Pemilik homestay tidak mengaku dan tukar cerita lain

Homestay 'scary' di Kelantan, owner 'psyco' kantoi skodeng penyewa dalam tandas

Kejadian tersebut membuatkan ahli keluarganya keluar untuk berjumpa dengan pemilik homestay yang rumahnya bersebelahan dengan tempat mereka menginap.

Ahli keluarganya kemudian memberitahu mengenai kejadian itu, dan pemilik rumah kelihatan ‘terkejut’ serta menyatakan bahawa tidak pernah berlaku perkara seperti itu sebelum ini.

“Kau bayangkan, masa kami sampai pun sudah lewat, tiada orang lain di situ. Rumah semua gelap, hanya pemilik rumah itu yang ada,” tulisnya.

Menurutnya, mereka meminta untuk melihat kamera telefon pemilik homestay dan mendapati ia sama seperti telefon yang berada di dalam bilik air.

Namun, pemilik homestay menafikan perkara tersebut dan malah menukar ‘topik lain’, serta mula bercerita mengenai bisnesnya.

“Aku bukan nak tutup periuk nasi dia, aku pun tahu dia cari rezeki melalui rumah tu. Tapi, janganlah sampai nak tangkap gambar orang di tandas. Tak tahu berapa ramai yang sudah kena dengan dia. Kesian pada orang yang tak tahu. Nasib aku je sebab terdetik nak tengok tingkap waktu tu.

“Pastu malam tu juga dia call abang aku berkali-kali cakap tak boleh tidur dan macam-macam lagi. Sumpah, dia memang psycho gila. Dia cari kami sampai pagi tu.

“So, korang hati-hatilah kalau nak tempah homestay ke apa, fikir baik-baik. Kalau pergi tandas, cari tandas yang memang tutup,” tulisnya.

Baca Lagi:
Wanita berstatus isteri orang jadi gila bayang dekat ‘tour guide’ ketika bercuti ke Indonesia, suami mula syak sesuatu ketika naik bot
Kisah pilu mumia anjing yang terperangkap dalam batang pokok
Penyokong Messi tak keruan selepas Portugal keluarkan syiling khas wajah Cristiano Ronaldo