Harga tak masuk akal, wanita pertikai makan sepinggan nasi kosong, sotong RM25

Harga tak masuk akal, wanita pertikai makan sepinggan nasi kosong, sotong RM25

Harga tak masuk akal, wanita pertikai makan sepinggan nasi kosong, sotong RM25. Seorang wanita mendakwa peniaga di sebuah kedai makan di bandar ini menjual sepinggan nasi kosong dan sotong bersaiz kecil pada harga RM25, semalam.

Menerusi perkongsian satu klip video berdurasi 23 saat yang dimuat naik di TikTok oleh akaun pengguna misseyra25 itu, dia mengingatkan pelancong lain yang datang ke Terengganu supaya berhati-hati ketika memilih kedai makan agar tidak menerima nasib sama sepertinya.

Video tersebut tular dalam media sosial kini telah menerima 19,600 tanda suka, 3,178 komen dan 2,338 perkongsian.

Dalam video tersebut, wanita itu menunjukkan tiga harga makanan yang dikenakan terhadapnya iaitu RM98.30, RM44.90 dan RM82.40 dengan jumlah keseluruhan RM225.60 termasuk RM25 untuk nasi kosong serta sotong kecil yang dianggap tidak munasabah kerana lauk yang diambil adalah lauk biasa untuk menu nasi campur.

Menerusi ruangan komen pula, kebanyakan rakyat Terengganu mengakui kedai makan yang tular itu memang selalu mengenakan harga yang tinggi dan menasihatkan pelancong supaya pergi ke kedai makan lain yang lebih murah.

Harga tak masuk akal, wanita pertikai makan sepinggan nasi kosong, sotong RM25

“Kedai ni makan dua orang, rate RM30-RM50…dah pernah kena dua kali…kali pertama husnuzon lagi, kali kedua kena terus husnulkhotimah,” kata Pablo_Picasso.

“Dulu pun kena juga kedai ni, fikirkan dah berubah, rupanya sama jer,” kata Nazir Nasir.

“Orang Terengganu memang dah lama tahu kedai ni cekik darah dari dulu, memang sekali dan terakhir pergi makan situ, harga kayangan terus, bertabahlah,” kata Yusri Ahmad.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang mempertikai tindakan pemilik video tersebut tidak bertanya mengenai harga yang dikenakan secara lebih terperinci kepada pemilik kedai makan sebelum membayar bil itu.

“Saya makan okay je nasi dengan ayam RM6, kak tak cakap dengan owner ke? Minta penjelasan ke apa,” kata Murshid.

“Kedai favourite saya tu, harga memang keras, tapi puas hati la dengan masakan dia,” jelas Dato Baa90.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan wanita tersebut.

“Sekiranya tiada tanda harga dipamerkan, ia adalah satu kesalahan dan tindakan boleh diambil terhadap pemilik kedai makan,” katanya.

@misseyra25 Hati2 spa bercuti ke terengganu,jngn g makan dekat #kedaimakansribinjai,harga xmasuk akal langsung,cukup lah skli n last😏 #kuasaviral #kuasaviraltiktok ♬ bunyi asal – iena

Baca lagi:
Rishi Sunak bakal jadi Perdana Menteri Britain pertama dari keturunan India
26 tanda seseorang terkena sihir
Pakar jelaskan kenapa bahaya reka bentuk ‘steering’ kereta macam ini
CATEGORIES