Hakim Mahkamah kantoi rasuah RM666,552

Hakim Mahkamah kantoi rasuah RM666,552

Hakim Mahkamah kantoi rasuah RM666,552.

Badan antirasuah Indonesia menahan seorang hakim Mahkamah Agung kerana didakwa terbabit dalam skandal rasuah, salah seorang majistret paling berprofil tinggi yang berdepan siasatan jenayah itu.

Timbalan Ketua Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) dalam satu sidang media, berkata Hakim Sudrajad Dimyati ditahan selepas melaporkan diri secara sukarela kepada agensi itu, semalam.

KPK menahan enam suspek lain yang disyaki terbabit dalam kes rasuah membabitkan nilai 2.2 bilion rupiah (RM666,532) untuk mendapatkan keputusan yang memihak bagi kes rayuan oleh koperasi pemberi pinjaman yang berdepan masalah insolvensi.

Hakim Mahkamah kantoi rasuah RM666,552

Pengerusi KPK, Firli Bahuri, sebelum ini secara terbuka menggesa Sudrajad dan tiga yang lain supaya menyerah diri.

Bagaimanapun, Sudrajad tidak segera memberi maklum balas kepada permintaan untuk mengulas dakwaan itu.

Pegawai Jabatan Pengawasan Mahkamah Agung, Zahrul Rabain, berkata
Sudrajad akan digantung tugas, namun tidak menyatakan berapa lama tempohnya.

Firli berkata, KPK melakukan serbuan di Jakarta dan Semarang pada minggu ini dan menahan enam individu serta merampas wang tunai hampir AS$148,000 (RM677,618) di rumah seorang pegawai Mahkamah Agung, majoritinya dalam mata wang dolar Singapura dengan sebahagiannya disembunyikan dalam ruang kosong dalam kamus.

Media melaporkan, seorang peguam dari koperasi pemberi pinjaman semalam memberitahu pemberita di KPK, beliau bersedia ‘untuk dihukum seberat mungkin’.

KPK ditubuhkan pada 2002 selepas kejatuhan Presiden Suharto, yang mana pemerintahannya didakwa pengkritik sebagai kleptokrasi.

Agensi itu mendapat sokongan orang ramai kerana bertindak ke atas tokoh yang berkuasa, termasuk ahli politik berprofil tinggi, ahli perniagaan, hakim tertinggi dan bekas menteri, yang dipenjarakan selama 12 tahun pada 2021 kerana menerima sogokan dalam perolehan pakej bantuan pandemik.

Presiden Joko Widodo dipilih pada 2014 atas platform untuk memerangi rasuah, namun beberapa pengkritik, berkata kuasa KPK disekat ketika beliau memegang jawatan.

Bagaimanapun kerajaan menafikan agensi itu disekat.

Baca Lagi:

Mat Kilau ‘Top 5’ filem popular Netflix di Israel, orang Israel pun minat filem Melayu ni

Mark Zuckerberg kini bukan lagi manusia terkaya dunia, harta cuma tinggal banyak ni je

Wanita bergelar Datin mati dibunuh dalam rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *